Rezeki dari Allah







Bismillah.


Minggu lepas, handsock yang anis order dengan kawan-kawan baru sampai. Eksaited nak pakai sebab lama dah tak beli handsock baru. Kain jenis moss crepe, harga rm7 dari Hijab Galleria.


Bila sampai, terus buka bungkusan dan pakai. Eh, apesal rasa ketat semacam ni? Rupanya ada getah kat hujung lengan tu. Okei, takpelah bukak dulu. Nanti balik rumah pakai balik. Tengok-tengok memang ketat sungguh dan tak boleh pakai pun. Adoi. Yang kawan-kawan beli sekali pun tak boleh pakai. Hmmm.

~~~

Hari Sabtu ada tusyen macam biasa untuk upsr, kelas terakhir sebab minggu depan dah periksa. Lepas habis kelas, maknya Iman bagi hadiah dalam paper bag Rina Salleh Clothing.


Allah.. terkejut tengok. Dah selalu dok skrol-skrol tengok dress RSC sebab cantik dan ekslusif cuma belum mampu lagi nak beli sendiri.

Balik rumah, bukak kotak tengok ada printed blouse RSC dan sepasang handsock RSC. Handsock pulak warna greyish, sama dengan handsock yang tak boleh pakai tu 😢

Allahu. Maka nikmat Allah yang manakah kamu dustakan? Allah memberi rezeki dalam keadaan yang tak disangka-sangka. Allahuakbar. Kitalah yang selalu leka dan alpa huhu.



Blouse tu pulak memang cantik dan selesa. Lama dah dok tengok di website rsc, rupanya Allah rezekikan dapat baju tu. 


Allah bukan setakat ganti handsock tu, tapi Allah tambah lagi. Dapat blouse cantik tu ;'(

Alhamdulillah alhamdulillah syukur kepada Allah.

Benarlah, hikmah tu ada di mana-mana. Tinggal kita sahaja yang sedar atau tidak.

Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini yang selalu bersangka-sangka. Bantulah aku untuk sentiasa bersangka baik dengan setiap perancanganMu ya Allah. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah.