Showing posts with label bm. Show all posts
Showing posts with label bm. Show all posts

“Pesan Guru Buat Pengantin Baru”

Thursday, March 10, 2016


Bismillah. Alhamdulillah.

Sempena musim walimatul urus ni, saya kongsikan tinta daripada Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Saya lakarkan coretan ringkas ini untuk murid-muridku yang menuju ke Gerbang Perkahwinan. Ini kerana ramai murid-muridku yang telah melangsungkan alam rumahtangga dan ada yang sedang menanti hari bahagia itu. 
Tujuan pesanan ini bersifat umum yang sesuai difahami untuk panduan dalam melayari kehidupan. Inilah pesananku. 
• Binalah niat yang solehah dahulu di mana perkahwinan semata-mata kerana Allah dan mengikut sunnah Nabi s.a.w.  
• Menjadikannya sakinah, mawaddah dan rahmat seperti yang termaktub di dalam nas Ilahi. 
• Mengharapkan suami/isteri dan zuriat solehah yang menjadi penawar kehidupan dan penyejuk mata hati. 
• Bercita-cita melaksanakan hak-hak yang wajib dan mu’asyarah dengan ma’ruf. 
• Matlamatkan untuk menjadi suami mithali dan isteri mithaliah yang seterusnya menjadi ibu bapa mithali dan contoh terbaik kepada anak-anak. 
• Binalah keluarga dengan qiamullail pada setiap malam dan solat berjemaah. 
• Lazimilah majlis-majlis ilmu bersifat mingguan. 
• Saling hadiah-menghadiahi antara pasangan dan kaum keluarga. 
• Jika berlaku salah faham dan juga ingin membuat keputusan yang besar hendaklah disyura antara suami Isteri.
• Laksanakanlah nafkah zahir dan batin dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. 
• Binalah hubungan yang baik dengan kaum keluarga daripada kedua-dua belah pihak dengan menyantuni dan menziarahinya. 


Seterusnya sedikit pesanan dengan "JANGAN". Antaranya: 
• JANGAN cepat marah dan melenting 
• JANGAN cemburu buta 
• JANGAN kedekut dan bakhil 
• JANGAN mudah merajuk 
• JANGAN pukul-memukul 
• JANGAN suka mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengan kita 
• JANGAN suka berhutang kecuali yang perlu dan dharurat sahaja.

Ingatlah rumah tangga ibarat melayari bahtera yang kadang-kadang dilanda ombak dan angin yang kencang. Boleh jadi bongkah batu karang di tengah samudera boleh memecahkan bahtera tersebut. Justeru perlu ada hikmah dan sentiasa tawajjuh serta munajat kepada-Nya.
Selamat Pengantin Baru dan semoga diberkati Allah dalam kehidupan.
Gurumu yang ikhlas, SS Ustaz Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri 7 Mei 2015M bersamaan 18 Rejab 1436H

Wallahua'lam :)

Nota Baitul Muslim

Sunday, November 01, 2015

Bismillah.

1. Tadabbur ayat 6 surah at Tahrim


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (66:6)


2. Tadabbur ayat 74 surah al furqan


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.(25:74)


3. Tadabbur ayat 21 surah ar rum

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.(30:21)




^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

1. Jadikan perkahwinan sebagai jambatan untuk istiqamah, untuk tegakkan agama Allah.

2. Bahagia dalam konteks Islam tak sama dengan bahagia dalam konteks bukan Islam.

3. Biarlah rasa kasih sayang itu datang daripada rasa keimanan kepada Allah.

4. Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang suci dan murni.

5. Berusaha untuk bergerak dari baitul muslim kepada baitul dakwah kepada baitul haraki.

6. Sifat mawaddah ada banyak dalam diri orang perempuan,

7. Sifat rahmah lebih banyak kepada lelaki.

8. Apabila Allah gabungkan sifat mawaddah dan rahmah ni, Allah akan bagi sakinah (ketenangan).

9. Orang yang cemerlang adalah orang yang berfikir 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun akan datang untuk membina generasi, masyarakat dan negara.

10. Baitul muslim adalah kebaikan untuk agama dan maslahah untuk ummah.

11. Deen yang orang tarbiyah fahami tidak sama dengan deen yang difahami oleh orang biasa.

12. Apabila kita ikhlas untuk berkahwin, untuk sama-sama berjuang, untuk menegakkan agama Allah, moga2 Allah permudahkan.

13. Yakinlah dengan susunan Allah dan positif.

14. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk diri kita dalam urusan agama, dunia dan akhirat.

15. Istikharah dalam apa jua perkara yang kita inginkan petunjuk dari Allah.

16. Pastikan apabila sudah ada calon pilihan, maka dapatkan keredhaan mak dan ayah.

17. Apabila mak ayah telah redha, in sha Allah ada keberkatan sepanjang hidup kita.

18. Dalam perkahwinan juga perlu melaksanakan 3T (Taaruf, Tafahum, Takaful)

19. Suami tolong juga bantu isteri di rumah.

20. Suami jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri.

21. Berlapang dada dengan kelemahan pasangan.

22. Muslimat jangan putus hubungan dengan jemaah selepas kahwin. Eg: usrah.

23. Rumah kita sebagai markas dakwah kita.


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

*Perkongsian di atas adalah daripada Forum Baitul Muslim yang diadakan khusus untuk pelajar-pelajar tahun akhir. Semoga bermanfaat :)





Wallahua'lam.
And Allah knows best.