Antara Yakin dan Percaya

Wednesday, January 27, 2016

Bismillah.





Yakin dan percaya itu berbeza.

PERCAYA

i) Tahu bahawa solat malam adalah sangat digalakkan dan mempunyai banyaaak manfaat dunia akhirat, tapi masih culas :'(

ii) Tahu bahawa amalan bersedekah banyaaak manfaat, tapi masih buat-buat tak tahu :'(

iii) Tahu bahawa mati tu bila-bila masa sahaja, tak kira tua@muda, tapi masih berlagak seolah-olah lambat lagi nak mati :'(


YAKIN

i) Tahu bahawa solat malam adalah sangat digalakkan dan mempunyai banyaaak manfaat dunia akhirat & dan bersungguh-sungguh dan bermujahadah nak buat ^_^

ii) Tahu bahawa amalan bersedekah banyaaak manfaat & berusaha untuk menjaga sedekah setiap hari sekecil mana pun ia. Semoga ada nilai yang besar di sisi Allah ^_^

iii) Tahu bahawa mati tu bila-bila masa sahaja, tak kira tua@muda & selalu muhasabah diri soal kematian & tidak terlalu membesarkan dunia. Apabila ingat pasal mati, segala masalah kat dunia terasa tidak bermakna ^_^


Wallahua'lam.
Semoga bermanfaat. 


Gadis Haraki

Tuesday, January 26, 2016

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kali ni, nak share pasal tajuk kat atas. Sumber tidak dapat dikenal pasti.  





“ Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka kehinaanlah baginya “ ( Amirul Mukminin, Saidina Umar al Khattab)
Salam perjuangan buat gadis-gadis haraki, yang sedia menyerahkan harta dan jiwanya demi Allah, yang hatinya terpasak aqidah perjuanagan yang kukuh, yang teguh tanpa ragu-ragu, berinitima’ dengan harakah Islam yang jelas perjuangannya demi menegakkan kalimah Allah hingga mencapai kemenangan atau syahid di pertengahan jalan. Moga-moga hingga helaan nafas detik ini masih tsabat dan berkobar-kobar semangatnya ingin meneruskan perjuangan.
Saya mengenal perjuangan dengan penuh rasa takjub kepada Allah yang menciptakan gadis-gadis haraki yang begitu degil, keras hati dan tidak udah mengalah dengan arus yang merintangi, semua itu ditanggapi sebagai proses tarbiyah yang menjadi makanan dalam perjuangan Islam.
Mulanya tertanya-tanya atas dasar apa mereka tidak tidur, berbagi kelas dengan usrah, meeting dan sebagainya tapi akademiknya tidak lumpuh malah terus menerus dengan kecemerlangan.

Lewat dua tahun dahulu saya mula mengerti, ketika saya mengenal perjuangan yang saya pilih, maka saya mengenal lebih dalam gadis-gadis haraki ini, dan mengerti untuk siapakah keletihan mereka itu dicurahkan.
Gadis Haraki bukan gadis yang berjalan penuh keayuan, bercakap dengan suara yang hampir tidak kedengaran, dia bukan juga gadis idaman dalam filem-filem cinta, bukan juga yang sentiasa menjinjing novel-novel cinta islamik. Jika anda mencari muslimat seperti itu, maka jauhi gadis-gadis haraki, yang tega dan bersuara lantang, bukan mengetepikan rasa malu yang sememangnya kembar bagi seorang muslimat, tetapi terpaksa menggadaikan prinsip selagi tidak bercanggah dengan syariat demi Ummah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Semoga istiqamah walaupun payah. In sha Allah. 

Wassalam. 

Short Tazkirah 4.0

Tuesday, January 05, 2016

Bismillah.
Alhamdulillah atas nikmat iman dan islam dan kesihatan yang Allah beri kepada kita sehingga saat ini. Alhamdulillah.

Nak kongsi satu amalan. Boleh buat setiap pagi @ sebelum tidur. 

Ni perkongsian daripada kuliah Ustazah Norhafizah Musa. 

Semoga bermanfaat.





***********************************PELUK DIRI SENDIRI*******************************************

- ya, peluk diri sendiri ^_^ - peluk kuat-kuat
- sambil peluk tu, bisikkan tiga perkara ni kepada diri sendiri :)


" Ya Allah, aku redha sungguh dengan apa yang Engkau berikan pada aku selama ni "  
"Ya Allah, aku sayang pada diriku sendiri sebagai amanah daripada Engkau " 
"Ya Allah, aku maafkan kesilapan yang pernah diri ini lakukan dan Engkau jauh lebih memaafkan daripada diriku" 

Betul atau tidak, kita biasa berpelukan dengan sahabat-sahabat, tapi kita terlupa untuk memeluk diri sendiri.

Peluk diri sendiri setiap hari tanda sebuah kesyukuran kepada Allah yang menciptakan tubuh badan kita dengan penuh kesempurnaan.

Peluk diri sendiri tanda kasih sayang kepada diri sendiri :)

In sha Allah, aura ketenangan, sabar dan positif akan mengalir dalam diri kita.
Mudah-mudahan. 
:)