Showing posts with label tazkiyatun nafs. Show all posts
Showing posts with label tazkiyatun nafs. Show all posts

It's Ramadhan!

Sunday, April 18, 2021

 

Assalamualaikum everyone. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.


Today is already 6th Ramadhan and thank you Allah for this opportunity and rizq to meet this holy month yet again. Syukur. 


A year passed after the emergence of covid in our life worldwide and it is still here, in the community. 3 million people died due to this deadly virus - according to today's news. 


The mosques are open for tarawih but with certain restriction, and current case of covid is showing an upward trend and highly worrying especially thinking about the coming eid huhu. 


Lets not think about that now. 


For this Ramadhan, im working towards

- khatam Quran

- do not miss tarawih 

- do nawafil prayers

- do not miss tahajjud

- istighfar 100 times

- selawat 100 times

- memorise 5 hadith from the 40 Hadith

- finish tafsir hamka Juzuk 1 

- finish tajwid book just bought


Being 29 years old, you just wanted to do more and better. 


My routine during Ramadhan - during the day, go to school as usual and comes home at 3.30. Then, about 6 pm - go out for iftar food, either simple food at bazar or pick up at nearby restaurant. Iftar, maghrib - pray Isyak and tarawih in congregation at home - tadarus at 9.45 with usrah mates till 10.30, video call family - turn on laptop, do some work until get tired haha


Above all, alhamdulillah 'ala kulli hal. Till then, ilalliqo' 






Selawat Tafrijiyyah & Khasiatnya

Saturday, April 18, 2020

Assalamualaikum. Hai everyone. Im sharing this with you today. 

Selawat tafrijiyyah @ selawat kamilah @ selawat nariyah

Selawat kejayaan @ selawat kesempurnaan @ selawat api (selawat yang boleh menyejukkan benda yang panas-panas)
jom hafal:)





Kata Tn Hj Salleh Musa :

- paling-paling malas, amalkan selawat ini 11 kali sehari, baca waktu pagi
- rasa rajin sikit, baca 11 kali pagi 11 kali malam
- cuba istiqamah dengan 11 kali pagi dan malam
- kalau rajin lagi, boleh baca setiap waktu hehe

Khasiatnya sangat sangat besar:

- memudahkan segala urusan
- melepaskan dari segala musibah
- mendatangkan segala rezeki yang sukar
- menyembuhkan penyakit


Ada satu riwayat mengatakan:
Sesiapa yang membaca selawat tafrijiyyah sebanyak 4,444 kali kepada orang yang sakit sangat sangat kronik, disembuhkan Allah SWT. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Actually, i just came to know deeper and memorise this selawat during RMO. Alhamdulillah. I feel so grateful thank you Allah. I joined a whatsapp group for reciting this selawat everyday for 4,444 times a day. There are 100 participants, so everyone needs to recite 44 times a day, starting from Maghrib everyday. Then, we have to update if we are done every single day.

To be honest, on my first day it took me almost 15-20 minutes of finishing 50 times (before the participants increased) while looking at the phone - because at that time i still dont memorise this selawat & whilst looking at the meaning. 

My first impression was - susah jugak selawat ni and i told myself if i am reciting this continuously everyday, in no time it will automatically register in mind. Yup alhamdulillah few days later, i could recite it without looking at the phone. Since this selawat is lengthy and i dont understand the whole meaning, to make it easier, what i did was:

- search You Tube and find a video on selawat tafrijiyyah in nasyid version
- memorise the meaning

Whenever i memorised Arabic or Quranic verses, i always find understanding the meaning give a huge help. 

That's all for today. 

Love, 
anispauzi :)





Update : fast forward three years, cant believe we are still in this, daily updating - in a way maybe we can recite on our own and this is not necessary any more but with everyone doing it together and always reminding whenever we have not finished our part for that day; it's good - may Allah bless us all 









Short Tazkirah : Jaga Solat

Sunday, March 26, 2017

Bismillah. Assalamualaikum. 😊



Jaga Solat. Nanti solat tu akan jaga kita.

Kata2 ni betul sangat :)
Bila kita dah mula jaga solat, solat awal waktu, solat2 sunat; percayalah akan ada aura yang sangat positif ada dalam diri kita.

Allah dah bagitau solat ni akan mencegah kita dari perkara yang mungkar. 
Apabila kita tiada siapa2 pun orang untuk bergantung harap melainkan Allah, maka ketahuilah Allah itu lebih dari cukup 

 Kalau solat, tapi masih buat jahat, ada baiknya audit solat kita. Mungkin ada yang tidak kena 😪

Sentiasa upgrade diri kita dan jangan putus asa untuk terus berbuat baik 😘

Allah Maha Mengetahui. 

Bahagia dengan Memberi

Thursday, December 22, 2016

Assalamualaikum semua :)

Hari ni hari Jumaat. Jumuah mubarakah.
Kalau dok rumah, anis paling suka hari jumaat. Biasa kalau hari jumaat, mak masak special sikit.
Alhamdulillah. dan hari jumaat ni dia ada aura tersendiri :)
ye lah, penghulu segala hari kan.

Sempena hari Jumaat ni, anis nak kongsi sikit bagaimana untuk rasa bahagia dengan memberi :)

Biasa tak dengar pepatah (ke ada hadis ya?), tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah?

Dulu2, masa lower form selalu hafal pepatah ni dalam bahasa arab sebab biasa masuk exam. hee

Okay, meh kita pikir jap. Kenapa orang yang memberi pulak rasa bahagia? mestilah orang yang menerima tu lagi bahagia. betul tak?

Contoh: anis bagi kat awak hadiah(hadiah anis biasa simple je; buku. hehe. sebab a book is a gift that you can open again & again :p)
Awak rasa gembira tak dapat hadiah tu? mestilah kan :D

Tapi, macam mana anis pun nak rasa gembira dan bahagia? dah la kena keluarkan duit beli buku, kena balut lagi kalau rajin, hihi??

Macam mana tu?
Betul ke orang memberi ni lebih baik daripada menerima??




Kunci nak bahagia waktu memberi ialah KASIH SAYANG :)

Ya, kasih sayang tu lah kuncinya. 

Nah,anis bagi situasi;

Cth: seorang ayah pergi kerja dan masa pergi kerja tu ternampak baju yang cantik dan comel sesuai untuk anak perempuannya. ayah tu terus beli baju tu dan tak sabar2 nak balik kerja nak hadiahkan baju tu buat anak dia. 

Dalam situasi ni, ayah sebagai orang yang memberi dan beliau rasa bahagia bila beli baju untuk anaknya. Sebab apa dia boleh ada rasa macam tu? sebab adanya kasih sayang :)

Gitu la lebih kurang :)

Wallahua'lam

Hikmah

Tuesday, November 22, 2016

Assalamualaikum. 

Lama benar tak menulis di sini. Kali terakhir sebelum bulan puasa.

Jadi, hari ni nak kongsi mengenai satu tajuk pasal HIKMAH.

1. Setiap perkara atau kejadian yang berlaku ke atas diri kita, semuanya ada hikmah yang Allah nak sampaikan.

2. Hikmah ni kita boleh nampak hari ni, esok, minggu depan, setahun akan datang, lima tahun akan datang, sepuluh tahun atau mungkin tak nampak. Tapi, percayalah satu perkara; itulah yang terbaik untuk diri kita.

3 Susah tak nak percaya? Kadang2 ya. Lebih-lebih lagi bila kita tak suka benda tu; cth: barang hilang, duit hilang, dompet hilang, ada kematian, keputusan periksa tak cemerlang dll


*cth: Ust Dusuki cerita hikmahnya Allah menjadikan ia anak yatim di awal usia 8 tahun(kalau tak silap), Arwah TG Nik Aziz mengambilnya dan memeliharanya bagaikan anak sendiri, sehinggakan dihantar ke bilik pengantin pada malam pertama (ust dusuki anak sedara TGNA).

TAMBAHAN


4. Kita hidup atas dunia ni, bukan dunia nilaiannya.

5. Ada benda2 yang Allah bagi kepada kita, kita tak puas hati. Tapi, ada benda yang Allah nak kita belajar daripada apa yang berlaku tu (berbelit2 rasa ayat ni ^_^)

6. Hidup ni mulia bila kita ada ilmu. Kemuliaan ilmu ni melestarikan kehidupan. 


Contoh yang mudah dan ringkas: Apabila kita lulus ujian memandu, alangkah gembiranya rasa! Setakat lulus ujian memandu pun kita dah jadi sangat gembira. Apatah lagi, dengan ilmu2 yang lain.

Contoh lain: Sape2 yang menonton cerita Rudy Habibie, pasti kagum dengan Pak Habibie yang merupakan jurutera genius dari jerman. Hasil kegeniusannya, dia diangkat dalam masyarakat.

7. Kontranya, kegembiraan kerana harta ni bersifat sementara. Sementara sahaja. Cth: hari ni boleh bonus RM500. Pergi kedai, beli barang2, tengok2 dah habis RM500. Macam tu sahaja.

Nampak tak?? Semoga perkongsian yang ringkas ini banyak manfaatnya :)

*diambil daripada Kuliah Ust Dusuki Abd Rani

“Pesan Guru Buat Pengantin Baru”

Thursday, March 10, 2016


Bismillah. Alhamdulillah.

Sempena musim walimatul urus ni, saya kongsikan tinta daripada Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Saya lakarkan coretan ringkas ini untuk murid-muridku yang menuju ke Gerbang Perkahwinan. Ini kerana ramai murid-muridku yang telah melangsungkan alam rumahtangga dan ada yang sedang menanti hari bahagia itu. 
Tujuan pesanan ini bersifat umum yang sesuai difahami untuk panduan dalam melayari kehidupan. Inilah pesananku. 
• Binalah niat yang solehah dahulu di mana perkahwinan semata-mata kerana Allah dan mengikut sunnah Nabi s.a.w.  
• Menjadikannya sakinah, mawaddah dan rahmat seperti yang termaktub di dalam nas Ilahi. 
• Mengharapkan suami/isteri dan zuriat solehah yang menjadi penawar kehidupan dan penyejuk mata hati. 
• Bercita-cita melaksanakan hak-hak yang wajib dan mu’asyarah dengan ma’ruf. 
• Matlamatkan untuk menjadi suami mithali dan isteri mithaliah yang seterusnya menjadi ibu bapa mithali dan contoh terbaik kepada anak-anak. 
• Binalah keluarga dengan qiamullail pada setiap malam dan solat berjemaah. 
• Lazimilah majlis-majlis ilmu bersifat mingguan. 
• Saling hadiah-menghadiahi antara pasangan dan kaum keluarga. 
• Jika berlaku salah faham dan juga ingin membuat keputusan yang besar hendaklah disyura antara suami Isteri.
• Laksanakanlah nafkah zahir dan batin dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. 
• Binalah hubungan yang baik dengan kaum keluarga daripada kedua-dua belah pihak dengan menyantuni dan menziarahinya. 


Seterusnya sedikit pesanan dengan "JANGAN". Antaranya: 
• JANGAN cepat marah dan melenting 
• JANGAN cemburu buta 
• JANGAN kedekut dan bakhil 
• JANGAN mudah merajuk 
• JANGAN pukul-memukul 
• JANGAN suka mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengan kita 
• JANGAN suka berhutang kecuali yang perlu dan dharurat sahaja.

Ingatlah rumah tangga ibarat melayari bahtera yang kadang-kadang dilanda ombak dan angin yang kencang. Boleh jadi bongkah batu karang di tengah samudera boleh memecahkan bahtera tersebut. Justeru perlu ada hikmah dan sentiasa tawajjuh serta munajat kepada-Nya.
Selamat Pengantin Baru dan semoga diberkati Allah dalam kehidupan.
Gurumu yang ikhlas, SS Ustaz Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri 7 Mei 2015M bersamaan 18 Rejab 1436H

Wallahua'lam :)

Antara Yakin dan Percaya

Wednesday, January 27, 2016

Bismillah.





Yakin dan percaya itu berbeza.

PERCAYA

i) Tahu bahawa solat malam adalah sangat digalakkan dan mempunyai banyaaak manfaat dunia akhirat, tapi masih culas :'(

ii) Tahu bahawa amalan bersedekah banyaaak manfaat, tapi masih buat-buat tak tahu :'(

iii) Tahu bahawa mati tu bila-bila masa sahaja, tak kira tua@muda, tapi masih berlagak seolah-olah lambat lagi nak mati :'(


YAKIN

i) Tahu bahawa solat malam adalah sangat digalakkan dan mempunyai banyaaak manfaat dunia akhirat & dan bersungguh-sungguh dan bermujahadah nak buat ^_^

ii) Tahu bahawa amalan bersedekah banyaaak manfaat & berusaha untuk menjaga sedekah setiap hari sekecil mana pun ia. Semoga ada nilai yang besar di sisi Allah ^_^

iii) Tahu bahawa mati tu bila-bila masa sahaja, tak kira tua@muda & selalu muhasabah diri soal kematian & tidak terlalu membesarkan dunia. Apabila ingat pasal mati, segala masalah kat dunia terasa tidak bermakna ^_^


Wallahua'lam.
Semoga bermanfaat. 


Robert Davilla

Thursday, October 15, 2015


Assalamualaikum w.b.t



"Maka, nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"



Why is he special?
What makes him an inspiration to others?
What cause his life story shared by many?


Because he taught us that we take things for granted too much.
Because we forgot to thank Allah in our daily life.
Because we thought we've got the biggest problem in the world.
Because we lived too comfortably.

Once in a while,
We should open our eyes to the world.
See the happenings here and there.
And see where we stand.

Dont forget to shoot the arrows at night.
Pray tahajjud.
Allah knows whilst you know not. 

See the video here : The Story of Robert Davilla by Ust Nouman Ali Khan. 



May Allah made us firm believers.
May Allah show us the way.
May Allah grant us istiqamah.
Ameen.

Short Tazkirah (ST) 2.0

Saturday, October 03, 2015
Assalamualaikum.

Dear all, one short tazkirah for today :)

credit to


Allah knows ALL even leaves falling to the ground.
Life is full of trials.

Financial problem.
Family problem.
Health problem.

Sometimes, we may be struck by some problems and keep thinking about the problem over and over again.
We all experienced it.

Put your efforts to solve the problems.
Grab the chance and turn back to Allah.
Hes never far and always listening.

"Easier said than done"

Allah has a reason for putting us in any situations.
It is our duty to search for wisdoms behind everything that occured.
And, dont forget to smile :)


Have you ever heard the story of a man named Robert Davilla?
When I first knew his name, I thought hes a football player ^_^
So, I paid no attention. 
Once, when I got to know who he is, I was amazed and still I am.
MashaAllah.

One thing that made me realised after listening to the story of Robert Davilla was His favours is in abundance. Yes, in abundance.
Yet, we failed to see and appreciate.


" So, which of the favours of your Lord you would deny? " (Surah ar Rahman)

May Allah made us firm believers.
May Allah give us strength of imaan to pray Tahajjud prayers.
May Allah forgive our sins.
May Allah guide us to the right path.
May Allah help us in becoming true Muslims deserved for Jannah.

Ameen.


Short Tazkirah 1.0

Monday, June 22, 2015


Assalamualaikum :)

Dear all, one short tazkirah for today ^_^

Ulama' mentioned that we cannot escape from THREE things in our worldly life which is worthy to share.

1. Death
- This is ultimately true. Allah says in the Quran  "Every soul shall taste death".
- No matter how hard we try or how far we go, death will come to us when it is due.
- Therefore, a wise person is the one who's always prepared for death.


2. Difficulties in life
- Yes. As long as we live, we have to endure hardships and trials.
- Being a student, you have your own difficulties and challenges. i.e: completing assignments before     its due, exams, quizzes 
- Being an employee : Boss , job deadlines, KPI
- Being an employer : Employees,  high expectation, KPI
- Being the citizen of a country : Injustice ruler, lack of welfare service
- Being the servant of Allah : Difficulties in abstaining from the haram things, mujahadah nafs
- The list goes on. The most important is we are doing the right things that are permissible in Islam and remember to put the end vision is akhirah (akhirah mindsetting).
- We pray to Allah to accept our deeds and grant us in the dunya and akhirah. 


3. Safe from people's perception 
-  It is impossible to be liked by all. 
- The best example that can be quoted here is the story of a man with his son and their donkey. 





Ameen


That's all for now.
Ramadhan kareem.
Allahuakram.

:)

Road to Ramadhan ^_^

Tuesday, June 09, 2015
Bismillah.

Alhamdulillah for the blessings of Iman and Islam.
Alhamdulillah :)

1 Ramadhan 1436H = 18th June 2015.
That's just around the corner.
9 days to go.  


Ameen ;)



1. Set your goal for Ramadhan

- Goal: Completed Qur'an recitation once or twice during the Ramadhan @ completed qur'an recitation each week @ every day. Subhanallah. 
- Once you set your goal, you must draft a strategy to realize it. If you want to khatam one time in Ramadhan, then you may divide the number of pages you have to read each day. 
- When you set up a goal, it will boost your courage to have it realized :) In sha Allah



2. List the output you desired.

Eg: - memorize few surah (specify which surah/short surah or long surah)
       - increase the frequency of sunnah prayers (my naqibah once shared that she aimed            to not leave  any rawatib prayers in Ramadhan and hoped to be consistent in the               coming months)
       - to become a better person (in what way? be specific)
       - to become more generous (how? state it)



3. Welcome the month of Ramadhan with full heart <3


* Ramadhan is not about losing weight, its about losing sins =_=


Ramadhan Kareem.
Allahuakram. 


May Allah give us the chance to meet Ramadhan this year.
May Allah help us to benefit the most from Ramadhan. .
May Allah guide us to the right path.
Amin. 






Mati itu Dekat

Monday, April 13, 2015
Assalamualaikum.




Cukuplah mati sebagai peringatan.

Maut akan menjemput tepat pada waktunya, tidak cepat sesaat dan tidak juga lambat walau sesaat.
Segala musibah yang berlaku, anggaplah ia sebagai satu peringatan kecil dari Yang Maha Kuasa.
Agar kita bisa  "pause" sebentar dan melihat dan merenung kembali akan satu perkara yang Allah telah catatkan (Ad Dzariyat 51:56)

Terkadang kita terlalu sibuk mengejar dunia, yang hanya bersifat sementara. Benar, meneruskan kehidupan di dunia dengan cemerlang itu penting kerana ia merupakan amanah dari Allah SWT tetapi jangan lupa untuk menjaga keseimbangan di antara keduanya.

Kejarlah dunia, akhirat akan meninggalkanmu.
Kejarlah akhirat, dunia pasti beriringan bersamamu.

Sehinnga detik itu tiba, marilah kita bersama-sama menggiatkan diri menambah amalan. Membanyakkan istighfar, berselawat dan berzikir, menambah ilmu serta amalan-amalan baik yang lain.

Hidup ini tidak lama.
Tiba masanya, kita semua akan meninggalkan dunia ini.
Tatkala itu, hanya tiga perkara yang akan kita bawa,


"Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya"

Kita tidak perlu takut mati kerana bagaimana caranya pun ia pasti akan datang.
Yang penting adalah kita mesti bersedia.

Janganlah dek takutkan mati, kita tidak punya kekuatan untuk bermimpi @ bercita-cita serta membangun cita-cita kita di muka bumi ini.

Bumi Allah ini luas. Terokailah dan carilah kebesaranNya di seluruh pelusuk dunia. Berazamlah juga untuk menjadi khalifah yang cemerlang di sisiNya :)

Satu saat nanti, saya juga akan pergi bertemu Ilahi.
Yang tinggal cuma catatan untuk tatapan.

Semoga Allah mengurniakan kita semua husnul khatimah.
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.
Semoga segala amalan kita diterima dengan Allah.
Semoga kita bisa bertemu di syurga.
Amin.

~Write things worth reading or do things worth writing~

Exam

Sunday, May 11, 2014
Bismillah.

Sometimes, we just need to force ourself to write. I always wonder how the classical scholars can wrote thousands of pages of books and I believe that it is Allah's blessings to them and the sincerity of their writing can be felt until today.

There is one saying that goes, " When you open your heart to seek knowledge, then the world will be your teacher". Yes, it is true indeed because when we put ourselves in the seeking knowledge mode, we'll find out that we learnt many things.

I just wanna share three things that was said by TG Nik Abdul Aziz that I think is very beneficial and we should have a try on it and feel the difference.

He said, in your daily life, do not forget or leave these three. At least, we practised 2/3 daily and continue praying to Allah to give the strength to practise and be consistent in all those three. In sha Allah.

They are:

1. Tahajjud prayer
2. Dhuha prayer
3. Al-Qur'an

In sha Allah, this practise will give us inner strength to go through all the ups and downs in life.

I believe that it is not easy to be consistent and we need always to renew our intention and believe that Allah knows BEST.

May Allah give us the strength and consistency in doing the good deeds and may Allah reward us with Jannatul Firdaus. Ameen.




Selamat Datang 2014

Wednesday, January 01, 2014

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi SAW setiap hari. 



Ketujuh2 sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Selamat Tahun Baru 2014. Semoga lebih cemerlang di tahun ini .


«Ustaz Don Daniyal»
7 Sunnah Hebat



~ copy paste from FB

berkongsi :)

Wednesday, June 06, 2012
Saya bertanya seseorang ," hari ni dah baca al Quran ? " dia menjawab dalam keluh yang mendalam " tak dan nak baca.sibuk dengan kelas . " saya tersenyum..lalu saya kembali bertanya dalam nada yang benar2 ingin tahu , " hari ni dah makan nasi ? " dia kata ," dah ".saya tanya lagi." bukak fb hari ni ? " dia jawab," sempat la jugak ! " kemudian, saya menekannnya dengan bertanya " makan nasi & fb tu boleh bawa sampai akhirat ke ? dan agak2 di akhirat nanti Allah tanya tak pasal itu semua ? "" dia senyap.

Saya tahu makan itu perlu kerana untuk hidup kita perlu makan.saya jugak perasan dan sedar , raaamai orang suka melepak di depan laptop .tapi...adakah tergamak kita melakukan hal2  tersebut tanpa sempat pun untuk memikirkan bekalan kita untuk dunia yang kekal selamanya nanti ? tergamakkah kita ? 


Memetik kata2 Habib Munzir " Namun tujuan kita adalah satu iaitu saat berjumpa dengan Rabbul Alamin,berakhir seluruh apa y kita lewati,dari kehidupan dunia menuju ke tujuan tunggalnya iaitu berjumpa dengan Allah.


Ingatlah,katakan suatu saat bibir kita tidak mampu lagi bergetar menyebut nama Allah,di saat itu kita diturunkan ke dalam kubur kita,dan wajah kita dibuka,dan wajah kita diciumkan ke tembok kubur kita.

Di saat itu,tidak ada kekasih,di ssat itu tidak ada harta,di saat itu tidak ada pangkat.
Dan ketika itu beruntunglah mereka yang selalu mengingat Allah dan Allah mengingatnya,dia ayang merindukan Allah,Allah merindukannya,Dialah yang Maha Baik,Dialah yang Maha Pemurah,setelah kita diberi kehidupan,diberi jasad,lantas Allah meminjamkan pula dunia ini beserta isinya,meminjamkan matahari,meminjamkan bulan,meminjamkan daratan,meminjamkan tumbuhan,meminjamkan air dan lautan,yang kesemuanya adalah milik Allah.

Kita tidak menyewanya.tidak pula membelinya,tidak pula berdoa unutuk meminjamnya,tetapi Allah yang  memberi sebelum kita  meminta.Sedemikian luasnya rahmat Ilahi,kasih sayangnya melebihi semua kasih sayang,melebihi kasih sayang  ibunda kita kepada kita,mwlebihi kasih sayang kekasih kita kepada kita,

Jangan tahan lidahmu menyebut nama Allah,jangan berat menyebut nama Allah,dosa apa yang membuat lidah kita berat menyebut nama Allah ?? .. Wassalamualaikum.

Syukur

Tuesday, February 14, 2012
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

All thanks to Allah.for His great blessings.that we will never be able to count.
Allah said in His Book(the Qur'an),that if we are to count His blessings,we will never able to do so.

Have you ever feel tired of walking to a far kulliyyah?(refer to those who walk to class)
I did.and once my friend told me that we should be grateful for having legs to walk compared to those who are handicapped.so,say Alhamdulillah :)

Nothing much to say.....just few words to remind myself of this worthy life.
since life is short & we do not know when are we going to die,so it can be considered a fool thing if we waste the time given by Allah SWT.is it?

And one last word quoted by Nouman Ali Khan ,'if you are not patient in dealing with something,you are not patient enough'.
with that,syukran jazilan :)

p/s : if there are any grammatical or common english errors,i would like to say that i'm still a learner.:)