Assalamualaikum.
Lama benar tak menulis di sini. Kali terakhir sebelum
bulan puasa.
1. Setiap perkara atau kejadian yang berlaku ke atas diri kita, semuanya ada hikmah yang Allah nak sampaikan.
2. Hikmah ni kita boleh nampak hari ni, esok, minggu depan, setahun akan datang, lima tahun akan datang, sepuluh tahun atau mungkin tak nampak. Tapi, percayalah satu perkara; itulah yang terbaik untuk diri kita.
3 Susah tak nak percaya? Kadang2 ya. Lebih-lebih lagi bila kita tak suka benda tu; cth: barang hilang, duit hilang, dompet hilang, ada kematian, keputusan periksa tak cemerlang dll
*cth: Ust Dusuki cerita hikmahnya Allah menjadikan ia anak yatim di awal usia 8 tahun(kalau tak silap), Arwah TG Nik Aziz mengambilnya dan memeliharanya bagaikan anak sendiri, sehinggakan dihantar ke bilik pengantin pada malam pertama (ust dusuki anak sedara TGNA).
TAMBAHAN
4. Kita hidup atas dunia ni, bukan dunia nilaiannya.
5. Ada benda2 yang Allah bagi kepada kita, kita tak puas hati. Tapi, ada benda yang Allah nak kita belajar daripada apa yang berlaku tu (berbelit2 rasa ayat ni ^_^)
6. Hidup ni mulia bila kita ada ilmu. Kemuliaan ilmu ni melestarikan kehidupan.
Contoh yang mudah dan ringkas: Apabila kita lulus ujian memandu, alangkah gembiranya rasa! Setakat lulus ujian memandu pun kita dah jadi sangat gembira. Apatah lagi, dengan ilmu2 yang lain.
Contoh lain: Sape2 yang menonton cerita Rudy Habibie, pasti kagum dengan Pak Habibie yang merupakan jurutera genius dari jerman. Hasil kegeniusannya, dia diangkat dalam masyarakat.
7. Kontranya, kegembiraan kerana harta ni bersifat sementara. Sementara sahaja. Cth: hari ni boleh bonus RM500. Pergi kedai, beli barang2, tengok2 dah habis RM500. Macam tu sahaja.
Nampak tak?? Semoga perkongsian yang ringkas ini banyak manfaatnya :)
*diambil daripada Kuliah Ust Dusuki Abd Rani