Tasik Syahdu - A. Samad Said

Assalamualaikum. Apa khabar? Semoga baik2 sahaja. 

Gombak hujan berturutan beberapa hari. Mendung berlarutan. Sejuk sangat. Alhamdulillah. Hebat kuasa Allah ni :)

Petang ni nak cerita sikit pasal buku ni. 
Tasik Syahdu tu judul buku yang merupakan himpunan cerpen2 Datuk A. Samad Said.

Perasan tak dah lama anis tak update pasal buku kan? Sebabnya anis dah ada blog lain untuk posting pasal buku dan yang sewaktu dengannya :)



--------------------------------------------------------
Tasik Syahdu ni ada banyak cerpen. Semua cerpen ni adalah dari pengalaman penulis sendiri atau situasi yang membiaskan ilham untuk penulis. 

A. Samad Said hidup dalam dua abad,  abad ke 20&21. Beliau sempat hidup di zaman penjajahan Jepun dan juga selepas Merdeka.

Dikatakan bahawa beliau tidak perlu menulis biografi hidupnya, oleh sebab kisah hidupnya telah terangkum dalam himpunan cerpen yang dimuatkan dalam Tasik Syahdu ni. 

Bermula daripada keperitan hidup sewaktu penjajahan Jepun-tiada tempat tinggal, bom setiap masa, diusir dari rumah kerana kerajaan nak bina penempatan baru, rumah(bilik) yang sangat sempit untuk seb
keluarga dll

Kemudian,  diceritakan bagaimana kehidupan selepas merdeka yang penuh tipu daya dunia - pelacuran, menteri2 yang tidak bertanggungjawab, serta yang menarik minat saya satu cerpen mengenai karya penulisan. 

Cerpen tu menceritakan bagaimana nashkah seorang penulis ditolak oleh kerana dipercayai tidak mesra dengan selera pembaca. 

Bagaimana diceritakan bahawa majoriti karya yang diterbitkan mempunyai unsur2 asmara dan menyingkap kelambu.

Sedih dan gusar membacanya. Itu lah yang berlaku hari ini. Yang lagi menyedihkan, novel2 yang merapu tu diangkat pula menjadi drama televisyen. Huhu

Rupa2 nya, dah lama perkara ni timbul. Kalau baca tulisan2 HAMKA pun ada juga disebut.

Secara keseluruhan, Tasik Syahdu ni anis bagi 4 bintang. Sebab, apa yang ditulis oleh penulis adalah sebuah realiti yang diluncurkan dalam bentuk cerita dan ada jugak dalam bentuk sindiran@kiasan.

Okei, tu saja untuk kali ni. 

Ma'as salamah wa ilal liqo' :)