Sedekah

4 Ramadhan 1439 H

Sementara masih ingat, let me pen this here :)


Related image

Di bulan Ramadhan ni, pastinya ramai dalam kalangan kita akan melazimi berjemaah solat Terawih di masjid. Alhamdulillah. 

Biasanya akan diedarkan tabung infaq semasa mendengar tazkirah usai solat Isyak di masjid tempat saya bersolat.

Ustaz cakap sedekah ni antara amalan kebaikan yang sangat mudah yang kita boleh buat. Kalau solat sunat, kita perlu ambil wudhu' dulu, pakaian bersih dan wajib menghadap kiblat. Tapi kalau sedekah ni, sekelip mata pun kita boleh buat. Dan pahala sedekah di bulan Ramadhan ini tentunya berlipat kali ganda dibandingkan dengan bulan yang lain :)

Oleh itu, semoga kita tidak berat tangan untuk menghulur barang seringgit dua ke dalam tabung. Apala sangat kan kalau seringgit setiap malam. Allah SWT menyukai amal yang istiqamah walaupun sedikit. Sikit banyak nilainya, kita doakan agar Allah terima amal kita mudah-mudahan.

Kadang-kadang terdetik di hati jika timbul rasa berat nak bersedekah. Kena banyakkan cermin diri dan berdoa agar Allah letakkan dunia di tangan kita bukan di hati. Benar, dunia ini dipenuhi dengan segala keindahan dan kelazatan, tetapi jika kita sentiasa akhirah-centred, hidup akan tenang dan bahagia in sha Allah. 

Kalau kita bersedekah RM 1/ malam, kalau 30 hari dah jadi RM 30/bulan Ramadhan dan Allah akan lipatgandakan lagi jumlah yang kita sedekah  :)

Allahua'lam. 

*sambung buat RPH minggu lepas yang tak hantar huhu -_-