Pasca PRU 14


Alhamdulillah. Berakhir sudah PRU ke 14 :)



Parti Barisan Nasional yang menjadi kerajaan sejak ayah dilahirkan (60 tahun lalu) kini buat pertama kalinya bertukar menjadi pembangkang. Akhirnya, rakyat Malaysia telah bersuara. 

Parti Islam Semalaysia (PAS) kekal mentadbir negeri serambi Mekah, Kelantan dengan majoriti mudah 37 kerusi Dun manakala 8 kerusi lagi menjadi milik BN. 

PAS juga berjaya menjadi kerajaan buat kali kedua di Negeri Darul Iman. Tahniah orang Ganu :D

PAS juga merebak ke negeri Pahang, satu kejutan juga dan mendapat 15 kerusi di Kedah. Hanya beza 3 kerusi dengan Pakatan Harapan. 

PAS di Perak walaupun hanya menang 3 kerusi Dun tapi sangat mahal harganya kerana kemelut penubuhan kerajaan di antara PH dan BN yang masing-masing menang 29 dan 27 kerusi. Banyak khabar angin yang mengatakan PAS akan bergabung dengan BN untuk membentuk kerajaan sehingga akhirnya Presiden PAS mengeluarkan kenyataan (setelah disyurakan) bahawa PAS menawarkan Kerajaan Perpaduan di Perak. Nah, keputusan ini dilihat sebagai brilliant move dari PAS. Alhamdulillah.

Menariknya, Pakatan Harapan tewas di semua kerusi yang ditandingi di Kelantan dan Terengganu. Syabas rakyat Kelate Ganu! Malah anak muda Terengganu merupakan pengundi muda yang paling ramai di seluruh Malaysia. 

Di Gombak pula, PH menyapu bersih semua kerusi Dun dan Parlimen. Satu kejutan dan kekecewaan buat kami di Gombak. PKM Gombak Setia yang sering sahaja menjadi tempat kami berusrah dan berkumpul kini sudah bertukar milik. huhu. 


'Ala kulli hal, Allah lah sebaik-baik perancang. Ada hikmah yang besar yang kita semua perlu selami. 

Buat semua jentera dan 'amilin PAS, semoga kita terus istiqamah. 
Menang tak megah, Kalah tak rebah.

Wallahua'lam.