Gerai Air Bancuh
anispauzi
Saturday, October 27, 2018
Assalamualaikum. Akhirnya, esok adalah hari yang ditunggu dan agak berdebar sebab kena jual air bancuh 5 jenis sempena Karnival Usahawan Sekolah. Ditunggu sebab tak sabar nak habis program ni, berdebar sebab tak pandai buat air 😢
Tapi, esok takde pilihan dah. Haha. Bukan setakat kena buat air 5 balang, tapi kena jual okei. Debarnya. Banyak kali dah menuntut dengan sifu, K Asra cara nak buat air ni. Dah la balang tu punyala besar dan tinggi 😂
Jap lagi, nak buat bancuhan air milo siap-siap, esok tinggal nak tuang susu cair dan masukkan ke dalam balang. Dan nak rebus bunga kekwa, untuk air teh bunga esok.
Sebelum tu nak cerita kisah pergi beli barang. Barangnya semua nak beli di Chow Kit, macam menakutkan bila sebut Chow Kit tu kan? 😅
Ramai cikgu lain pesan hati-hati kat sana, pegang beg elok-elok, kereta jangan tinggal barang berharga dll. Tak pergi lagi dah berdebar. Jadi, pergi la kemarin dengan Syifaq, dalam pukul 10.15 gerak. Dan sejam lepas tu, tak jumpa-jumpa lagi tempatnya. Pusing-pusing kat situ dalam sejam lebih jugak, akhirnya Syifaq cakap jom la pergi cari tempat lain. Dan, alhamdulillah dalam pukul 12.15 gitu kitorang sampai di NSK Selayang. Ambik barang yang nak; cup air, straw dan kordial terus gerak balik. Ada beberapa barang lain mintak tolong K Asra belikan di Chow Kit. Lega rasa tak kena pergi CK tu, banyak hikmahnya Alhamdulillah.
![]() |
| semangat betul wording kat bawah tu ☺️ |




