Buku Diari Abah

#DiariAbah 




Buku ni saya dapat masa awal penerbitan, dari teacher KMS, Hanini. 

Tapi berhenti sekejap baca sebab rasa sedikit scary dengan Part 1 : Abah dan Rumah. Terselit realiti kehidupan anak-anak sekarang yang tak sama dengan 10 tahun ke belakang. Antara yang disebut; lady gaga, akil baligh, media sosial, fortnite dan pedofilia. 

Part II : Abah dan Sekolah ada termasuk cerita antara ibu bapa dan guru, anak sebagai medium perantara. 

Bila anak balik sekolah bagitahu mak ayah cikgu suruh beli kad manila untuk guna esok, terus ibu bapa tidak berpuas hati dan rasa marah dengan guru sebab short notice. 

Rupanya, kad manila tu nak guna minggu depan. Anak cakap nak esok sebab kengkawan semua nak beli malam tu terus. 

Guru yang dipersalahkan. Rupa-rupanya berlaku miss communication. 

Part III : Kita di perantauan paling seronok baca. Kebanyakan tajuk dikisahkan mengenai hidup di Oulu, Finland dengan empat anak dan hidup PJJ sejak 2016 kerana isterinya bertugas di Ireland. 

Ada cerita bagaimana ustaz berjumpa kaunselor secara berkala untuk mengatasi mental breakdown dengan situasi harian. 

Memakai topi ayah, topi cikgu, topi pelajar, topi ustaz, topi chef pada masa yang sama dan jauh di tempat orang semestinya tidak mudah. 

Akhir sekali, Apa pun pekerjaan kita, belajar lah sepanjang masa. Selagi hayat dikandung badan. 

Wallahua’lam

#PKPBDayhmmlostcountalready
#bcoztheyregoingtoannouncedarurat