
Malam ni kebasahan lagi. Sudah agak lama sebenarnya tak keluar malam, sebab dah takde kelas tusyen malam.
Jadi, malam ni seperti malam-malam Selasa yang lain, akan ada usrah/meeting/program sukan Gen 3 Gombak.
Malam ni, hujan tak berhenti sejak dari magrib lagi. Hujan yang tidaklah renyai. Memandangkan meeting ni untuk program terdekat, dan taklifan sebagai Setiausaha maka redahlah jua hujan ni. naik motor slow sangat dan ambil lane kanan sekali sampai ada orang hon. Sepatutnya tak boleh kat situ. Sampai hati encik ya, hon kat saya yang memang jelas ditimpa hujan yang sederhana lebat ini.
Meeting pukul 9.15 dalam notis. Saya sampai pukul 9.20 dan ternyata saya lah orang pertama yang sampai. Sampai dalam keadaan basah lencun. Banyak pulak dramanya yang malas nak sebut akhirnya pukul 10 malam, ahli-ahli mesyuarat sedang memesan makanan di Thaqwa. Hmm. Lama dah nak makan roti canai tapi tak terbuka pun selera. Rasa sedih je, sebab mula meeting lambat sangat lepas tu misscomunicate takde orang nak bukakan tempat meeting. Tengah hujan kilat pulak tu.
Sepanjang meeting tu, senyap je tak bercakap sampai la balik. Cakap bila ditanya saja , lepas tu senyum ;'(
Im sorry. Just couldnt handle such feeling. I am easily disappointed. hehe