Tips Menjelang Exam


Bismillah.

Kalau tak silap final exam mula esok di UIA untuk semester ni.

In sha Allah, petang ni nak share DUA tips nak exam yang anis praktikkan :)
Tips biasa je, tapi semua orang boleh buat.

1. Belajar dalam keadaan berwudhuk

- Biasakan diri untuk belajar dalam keadaan berwudhuk
- Tak semestinya waktu nak exam je buat, boleh jadikan satu rutin buat diri sendiri 
- Bila dah biasa belajar dalam keadaan berwuduhuk, kita akan rasa sangat bersalah dan tak boleh belajar kalau belum ambik wudhu'. Serius.
- Lagipun, kita digalakkan untuk sentiasa dalam keadaan berwudhu'. Kalau tak silap, ada hadis pasal ni.


2. Banyakkan baca Qur'an

- Yang ni, anis dah banyak kali share sebelum ni, lagi banyak kita baca Qur'an, lagi mudah urusan kita sehari-hari
- Cuma, kadang2 kita tak perasan benda ni
- Sempatkan baca Qur'an walaupun semuka setiap kali selepas solat
- Mula sikit2 dulu, lama2 kita sendiri dah terbiasa dan jadi rutin in sha Allah
- Jangan rasa masa kita terbazir dengan baca qur'an. Itu salah.
- Dan jangan rasa, kita kena cepat sebab banyak lagi tak ulangkaji. Ni salah juga.


Semoga bermanfaat :)

tips lain klik sini