Realiti


Situasi 1 :
Satu hari,seorang anak remaja diminta melaungkan azan.Jawabnya..
''emm..tidak mengapa lah pak cik..pak cik lah yang azan".Selesai solat..remaja tadi
memberitahu kawannya.."aku bukan malu nak azan tapi aku tak ingat..tertukar antara hayya 'ala solah dan hayya 'alal falah.yang mana satu dulu.

Situasi 2 :
Seorang pelajar bangun pada awal pagi untuk ke sekolah,
tetapi..malangnya tidak solat subuh sebelum ke sekolah.Sebaliknya tergesa-gesa keluar dari rumah takut-takut tertinggal bas.Tidakkah solat itu lebih penting dan lebih wajar diutamakan?

Situasi 3 :
Banyak masa dihabiskan sepanjang hari untuk belajar untuk peperiksaan dan kuiz
,tetapi tidak sedikit pun masa diluangkan untuk membaca al Quran.Benar,
tidak membaca al Quran bukanlah satu dosa kerana yang berdosa
ialah apabila tidak mengamalkan isi kandungannya.Walau bagaimanapun,membaca al quran dijanjikan dengan fadilat yang amat besar.



Realiti.Itulah realiti masyarakat pada zaman sekarang.Dunia didahulukan melebihi segala-galanya.Urusan dunia menjadi
satu hal yang sangat penting melebihi urusan akhirat.Terkejar-kejar dengan urusan
dunia sehingga melupakan urusan core sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Marilah kita sama-sama menghayati  maksud firman Allah dalam surah az- dzariyat ayat 56 ini
 " dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku "