Memahami Takdir


Bismillahirrahmanirrahim..


Memahami takdir..kita perlu melihatnya dengan mata hati.Kita perlu sedar bahawa kita adalah milik Allah dan kita wajar untuk diuji.Apabila duji,kita disarankan untuk menyebut "Inna lillahi wainna ilahi raji'un" yang bermaksud sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.kalimah ini bukanlah untuk disebut sewaktu mendengar berita kematian sahaja,tetapi ketika ditimpa musibah seperti ketakutan,kelaparan dan kekurangan harta.(boleh rujuk surah al Baqarah ayat 155-156)

Sebagai hamba Allah,kita perlu menerima dengan redha.Seharusnya,kita memotivasikan diri kita bahawa apabila Allah menguji kita dengan sesuatu ujian,maksudnya kita mampu untuk menerima ujian itu.Cuma,kadang-kadang kita berasa kita tidak mampu untuk menerima takdir itu kerana kita sebenarnya tidak memahami takdir yang Allah kurniakan kepada kita.Dan,takdir dan ujian(hurdles) itulah,sekiranya kita dapat memahaminya akan membawa kita lebik akrab dengan Sang Pemberi Takdir.

Sebagai contoh,saya memohon biasiswa  berkali-kali,tetapi gagal.Perasaan kecewa pada mulanya memang lah ada,tetapi setelah itu,saya terfikir,Allah ada rencana yang lagi canggih lagi daripada itu..Lagipun,rezeki Allah itu bukan dalam bentuk wang ringgit semata-mata,tetapi juga dalam bentuk yang kita mungkin tak nampak dan tak sedar seperti sihat tubuh badan dan akal fikiran yang baik.Alhamdulillah:)

Orang yang bahagia itu ialah orang yang mampu memahami takdir daripada Allah.

**Hati umpama kain,kotor kalau tidak dicuci.Hati juga umpama bateri,perlu dicas sokmo.
    Dengan zikrullah,mudah-mudahan hati kita sentiasa mengingati Allah:)

Tidak banyak yang penulis mampu nukilkan dek ilmu yang sangat cetek ini.Moga-moga bermanfaat untuk ingatan kita bersama.Wallahua'lam.