Assalamualaikum.
Sharing this list i found on the internet.
Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua.
Sempena Ramadhan yang mana di dalamnya ada satu solat sunat yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain yakni Solat Sunat Tarawih, jom kita azam untuk usahakan terawih setiap malam.
Tak dapat solat di masjid/surau, boleh solat di rumah.
Tak dapat solat berjemaah, boleh solat sendirian.
Tak tahu nak baca macam mana zikir antara rakaat tu, boleh refer di buku atau search sahaja di internet. Ada masjid yang tak baca selawat antara rakaat, contohnya masjid uia yang jemaahnya dari pelbagai negara.
Hukum solat tarawih - sunat muakkad (yang sangat dituntut).
Received this from Ustzh Zuliana @tarbiahkreatif few years back and has been using this every year since hehe so helpful tqq :)
InshaAllah semoga dipermudahkan segala urusan kita bersama. Selamat berpuasa :)
