Percaya dan Berjaya


Bismillah. Memandangkan malam ni free sikit, jadi nak kongsi pasal pengisian usrah hari Selasa lepas.
Tajuk usrah macam kat atas, disampaikan oleh Ustazah Fadhilah bt Yaakob.

penyampaian ustazah sangat best

Ustazah Fadhilah mulakan usrah dengan ayat 95 dan 96 surah an Nisa’ sebagai motivasi untuk semua.

Ringkasannya, Allah cakap tak sama orang mukmin yang duduk-duduk (pergi kerja, balik kerja, layan suami, layan anak-anak, rehat dan santai-santai) tanpa memikirkan urusan agama berbanding mereka yang bersungguh-sungguh di jalan Allah.

Bersungguh dengan harta (duit minyak hadir ke program , meeting, usrah, duit sumbangan dsb) dan dengan tenaga (susun kerusi, kutip sampah dsb). Dok susun kerusi, kutip sampah, padahal waktu kerja dia kita dihormati, ada pangkat, jawatan tinggi. Ni lah sebenarnya medan Allah nak cuci hati kita. Bersungguh iron baju, pakai tudung nak mai usrah/program. Kalu mai pulak, kena hulur duit infaq. Kalu dok rumah, tak perlu pun keluar duit.

Hakikatnya, Allah melebihkan mereka yang bersungguh-sungguh dengan beberapa kelebihan/darjat. Allah bagi keampunan, kasih sayang dan rahmat.

Rahmat Allah ni yang kita sangat nak untuk masuk syurga. Kalau nak harapkan pahala solat, tak cukup. Contoh kisah seorang pelacur yang bagi minum anjing, dapat masuk syurga asbab rahmat Allah. Kita tak boleh kata ni tak adil, sebab semua ni berlaku sebab rahmat Allah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kadang-kadang, mungkin kita pernah terlintas benda ni (memang pun);
“ kenapa aku beria-ia dan bersusah sangat, takde masa nak rilek, jeles tengok kawan-kawan atau orang lain. Orang lain balik kerja, rehat , boleh tengok cerita, santai-santai kat rumah. Kita, balik kerja siapkan anak, masak lepas tu siap-siap nak hadir program/meeting/usrah (kerja jemaah).

Ni memang betul. Penat tau. Hehe. Balik lewat malam, esok kena pergi kerja pulak. Yang ada anak, angkut anak sekali. Gitu lah. Bukan senang nak senang (syurga Allah). Ops bukan tu saja, balik rumah pun kena sambung buat kerja (kan baru habis meeting) pastu fikir lagi pasal program-program dakwah dan baaaanyak lagi J Ni belum campur lagi dengan kerja hakiki di pejabat. Sebab tu sangat kagum dengan orang yang terpilih ni. Moga redha Allah bersama.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah bagi jawapan lama dah pasal benda ni dalam Surah at Taubah, ayat 105.

Akhir sekali, (ada banyak lagi sebenarnya) Ustazah cerita untuk pegang pada ayat 7 Surah Muhammad.

“ Sekiranya kamu tolong Allah, Allah akan tolong kamu “

Dan diperkuatkan dengan hadis Nabi SAW, Ihfazillah Yahfazka. Jagalah Allah, Allah akan jaga kamu.

Percaya dulu yang utama, in sha Allah kita akan berjaya. 

Wallahua’lam.