Lupa Satu Keperluan


Assalamualaikum. 

Teringat satu ulasan dalam buku tulisan Ust Pahrol Mohd Juoi mengenai lupa. 

Bahawa lupa adalah satu keperluan. 

Pelik tak bunyinya? Ye lah, kita sebagai manusia sepatutnya tidak mahu sifat lupa, tetapi tanpa disedari lupa hakikatnya adalah satu keperluan dalam kehidupan :)

Lupa yang bagaimana?

Ali kehilangan ibunya. Sebagai anak, Ali pasti berasa sangat sedih atas pemergian ibunya. Kesedihan itu beransur pudar bersama masa yang berlalu. Tidak bermaksud Ali boleh melupakan ibunya, dan tidak bermaksud Ali sudah tidak lagi sedih. Mana mungkin secepat itu hilang kenangan Ali bersama insan mulia yang melahirkannya. 

Tetapi, kesedihan itu tidaklah sama dengan kesedihan pertama waktu Ali mula-mula sekali mengetahui perkhabaran mendukakan itu. Itulah fungsi lupa. 

Sabr and Shukr :)


Wallahua'lam :)