Amalan Kecil yang Besar Ganjarannya


Assalamualaikum.

Kali ni saya kongsikan beberapa amalan yang nampak kecil dan remeh secara zahirnya, tetapi dituntut dalam agama dan besar ganjarannya. 

Nabi Muhammad SAW pesan; 
"Jangan meremehkan sesuatu benda yang baik walaupun benda itu kecil"


1. Keutamaan membangunkan masjid

- bermurah hati untuk bagi sumbangan untuk membina masjid @ membaik pulih masjid
- banyak atau sikit nilainya nombor dua, yang penting kita bagi sumbangan
- "Siapa yang membangunkan masjid sekadar sangkar burung kerana Allah, maka Allah akan bangunkan untuknya satu mahligai di dalam syurga" (Hadis Riwayat at Tabarani) 


2. Kutip sampah(eg:kertas tisu/pembalut coklat dll) atau bersihkan kotoran dalam masjid/surau

- Abdullah ibn Abbas berkata, " Sesungguhnya ada seorang wanita yang kerjanya menutip sampah/kotoran di Masjid Nabawi, ketika mana wanita itu wafat, baginda Nabi SAW tidak dimaklumkan tentang kematiannya. Lalu Baginda bertanya perihal wanita tersebut dan sahabat-sahabat memaklumkan akan kematian wanita tersebut" ...." Sesungguhnya aku melihat wanita ini di dalam syurga" (Riwayat Imam at Tabarani)


3. Rapatkan saff

-"Siapa yang rapatkan saff yang renggang Allah akan tinggikan satu darjat dan Allah bina satu rumah untuknya di syurga" 


4. Memasukkan rasa seronok ke dalam hati orang Islam

- Eg: Bagi makan orang yang lapar, bagi pakaian untuk orang tutup aurat, tunaikan hajatnya
-memaniskan muka ketika bertemu juga merupakan satu kebaikan :)


5. Banyakkan membaca ayat Kursi

6. Banyakkan membaca Ù„ا Ø­َÙˆْÙ„َ Ùˆَلا Ù‚ُÙˆَّØ©َ إلاّ بِاللهِ الْعَليِّ الْعَظيمِ


Sumber: Kitab susunan Syeikh Nuruddin Marbu al Banjari al Makki
Sumber: Kuliah Ust Fawwaz Jan


Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita melakukan amalan yang baik.
In sha Allah.