Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam, kita masih bernyawa pada hari ini.
Segala puji dan puja selayaknya untuk Allah yang Maha Esa serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.
In sha Allah, bersempena dengan musim peperiksaan akhir, saya kongsikan beberapa tips yang simple dan mudah untuk diamalkan.
1. Banyakkan baca Qur'an
- Walaupun sibuk nak exam, jangan lupa baca qur'an.
- Semakin banyak kita baca qur'an makin mudah urusan kita. In sha Allah
- Seeloknya kita jadikan rutin baca qur'an beberapa muka selepas solat. Kalau baca setiap kali lepas solat 4 muka, dalam sehari boleh baca 1 juzuk.
2. Berwuduk
- Seeloknya, sebelum mula belajar, ambil wuduk dan belajar dalam keadaan berwuduk.
- Kalau mengantuk, boleh perbaharui wuduk dan hilangkan rasa mengantuk atau malas.
3. Telefon mak ayah
- Mak ayah kita sebenarnya rindukan kita. Jadi, rajinkan diri telefon mak ayah setiap hari. Ye, setiap hari. Kalau tak boleh, sekurang-kurangnya dua hari sekali. Tapi, bagus sekiranya boleh telefon mak ayah setiap hari ni.
- Telefon mak bukan waktu nak peperiksaan sahaja, tapi setiap masa.
- Minta mak doakan kita.
- Kalau mak kita gembira dan suka sebab kita selalu telefon, kita harap Allah juga gembira dengan kita.
- Buat baik kepada mak ayah ni besar pahalanya dan banyak barakahnya.
4. Baca buku sampingan
- Jika rasa mengantuk atau malas nak baca buku teks dan nota belajar, boleh juga kita baca buku-buku sampingan dan santai sebagai selingan.
- Cth: Doraemon, Mudahnya Menjemput Rezeki, The Kite Runner, novel Hlovate , buat teka silang kata atau Sudoku
5. Solat dhuha
- Solat dhuha ni seperti yang ramai ketahui, banyak khasiat dan kebaikan yang berguna untuk dunia kita dan akhirat lebih-lebih lagi.
![]() |
| Bittaufiq wan najah fil imtihan ^_^ |
Kita belajar, bukan lah untuk dunia semata-mata. Tetapi kita nak guna ilmu yang kita belajar ni untuk sumbangkan sesuatu kepada ummah. Ilmu fardhu kifayah ni penting untuk kebaikan hidup di dunia. Dan perlu kita seimbangkan dengan ilmu fardhu ain untuk kebaikan akhirat kita.
Buatlah sesuatu dengan matlamat akhirat. Mudah-mudahan, Allah membantu kita dalam urusan yang hendak dilaksanakan.
Akhir kita, dunia ini hanya sementara. Marilah kita sama-sama beramal kebaikan kerana sesungguhnya mati itu boleh datang pada bila-bila masa sahaja.
Semoga Allah panjangkan umur kita dalam kebaikan.
Semoga Allah kurniakan kita kesihatan yang baik.
Semoga Allah memberkati seluruh kehidupan kita.
Amin.
