Jadilah Seorang yang Baik
anispauzi
Monday, May 30, 2016
Bismillah. Assalamualaikum :)
Sedikit perkongsian kata-kata yang sungguh bermakna oleh Ibn al-Qayyim
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JADILAH SEORANG YANG BAIK
MESKIPUN ENGKAU TIDAK DILAYAN DENGAN BAIK
"Seseorang kawan rapat tidak berkongsi kesakitan dgnmu, seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu, seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga malam.
Ambil beratlah tentang dirimu sendiri, jagalah ia, pimpinlah ia, jangan kamu layan peristiwa yg berlaku melebihi kadar yg sepatutnya
Pastikan dengan sebenar2nya, ketika engkau bersedih, tiada yang boleh menenangkanmu kecuali dirimu sendiri, ketika engkau tewas, tiada yang boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri, kemampuanmu utk bangkit semula tiada yang memilikinya selain dirimu.
Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia, carilah ia dlm jiwa kamu sendiri, bila jiwa itu tenang, terangkatlah kedudukan, bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yg dikatakan kepadamu tiada kesan mudaratnya lagi.
Usahlah kamu tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah. Usah jua kamu pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah dan usahlah jua kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan kerana ia adalah di Tangan Allah
Yg perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yg meredhakan Allah, kerana bila engkau meredhakan Allah, Dia akan meredhaimu, mencukupi bagimu dan memadai untukmu.
Janganlah kamu berputus asa dengan kehidupan yang menyebabkan hati mu menangis, sebaliknya, katakanlah: "Ya Allah! gantikanlah untukku dengan kedua2 kebaikan di dunia dan akhirat.
Kedukaan itu akan hilang dengan satu sujud, manakala kegembiraan akan datang dengan satu seruan. Allah tidak akan sekali-kali melupakan kebaikan yang telah engkau buat atau keresahan yg telah engkau tolong hilangkan atau mata yang hampir menangis yang engkau tolong ceriakan.
Hiduplah di atas prinsip:
"Jadilah seorang yang baik, meskipun engkau tidak dilayan dengan baik, bukan kerana mereka, tetapi kerana Allah suka kepada orang yang baik"
"Jadilah seorang yang baik, meskipun engkau tidak dilayan dengan baik, bukan kerana mereka, tetapi kerana Allah suka kepada orang yang baik"
:)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mari berkenalan dengan Ibn al Qayyim al Jawziyyah :)
1. Satu perkara yang paling 'common' apabila menyebut mengenai Ibn al Qayyim adalah beliau merupakan anak murid kepada Ibn Taimiyyah
2. Beliau berguru dengan Ibn Taimiyyah sejak usia 21 tahun sehingga peninggalan Ibn Taimiyyah
3. Gelaran al Jawziyyah adalah kerana bapanya merupakan principal di Madrasah al Jawziyyah dan kemudiaanya Ibn al Qayyim sendiri menjadi guru di madrasah tersebut, di Damascus
4. Antara anak murid kepada Ibn al Qayyim ialah Ibn Rajab dan Ibn Kathir.
Sumber: Biodata Ibn al Qayyim
Wallahua'lam.



