8 Tips untuk 'Fresh Graduates'
anispauzi
Sunday, November 29, 2015
Bismillah.
Assalamualaikum.
Saya kongsikan tips di bawah yang pernah dikongsi di facebook (lupa daripada post siapa.dah lama).
Semoga bermanfaat :)
1. Buka akaun Tabung Haji. Cukupkan Rm1300 dalam akaun dan terus daftar haji.
2. Sasarkan simpanan sehingga wajib bayar zakat simpanan dan teruskan menyimpan. Simpan dan lupa.
3. Cari pasangan yang sudi naik kereta buruk bersama-sama.
4. Jangan beli kereta baru yang mahal dan berhutang dengan bank.
5. Fikirkan cara dan strategi untuk berkahwin tanpa hutang.
6. Buat bajet siap-siap untuk :
-beri duit kepada mak ayah
-bersedekah setiap bulan
-melaksanakan ibadah korban setiap tahun
7. Sediakan bajet untuk 'financial education'
8. Beli aset sedikit demi sedikit secara kecil-kecilan. Apa-apa aset sahaja yang kita berminat.
Wallahua'lam.

