Tips Konsisten Baca al Waqi’ah setiap malam
anispauzi
Tuesday, November 20, 2018
Bismillah. Sempena Maulidurrasul ni, saya kongsikan tips di bawah.
1. Surah ni ada 96 ayat
2. Bahagikan kepada 4 bahagian
3. Baca 2 bahagian dalam setiap solat Magrib & Isyak
4. Jadi, lengkap 4 bahagian
Cara baca:
Rakaat pertama Magrib: Ayat 1-23
Rakaat kedua Magrib: 24-50
Rakaat pertama Isyak: 51-74
Rakaat kedua Isyak: 75-96
Contoh kalau malas @ tak sempat baca panjang-panjang masa solat, boleh baca sebelum tidur, sekali dengan surah al Mulk.
Ayat-ayat al Waqi’ah ni pendek-pendek, jadi walaupun bunyi 96 ayat tapi sebenarnya sekejap saja baca 😇
Dan.. apakah mesej tersirat dari tips ni?
Kena hafal surah ni, kalau dah hafal alhamdulillah kalau belum boleh la mula hafal.
Menghafal sewaktu muda ibarat menulis di atas batu, menghafal sewaktu tua ibarat menulis di atas pasir. Yang penting never give up.
Selamat beramal ❤️
#anispauzi



