Pujuklah Hati Itu.

Friday, May 24, 2013
Pujuklah hati itu.
Membaca Qur'an selalu.

Pujuklah hati itu.
Untuk zikrullah selalu.

Pujuklah hati itu.
Untuk percaya dan yakin akan kehendak yang Maha Tahu.

Pujuklah hati itu.. selalu.


"Sesungguhnya,dalam jasad manusia itu,ada seketul daging.
Apabila baik daging itu,maka baiklah keseluruhannya.
Apabila rosak daging itu,maka rosaklah seluruhnya.
Ketahuilah,daging itu ialah HATI"


Usrah Ya Hanana :D

Tuesday, May 21, 2013
Bismillah..

Saya ikut usrah sejak di sekolah menengah.
Tapi..waktu tu usrah tak best sangat pun.dan jarang2 je :)

Alhamdulillah.
Sekarang , dah hampir tiga tahun di UIA, selama itu lah juga,saya ikut usrah.
Dan..usrah sekarang BEST sangat :)

Serius.Sape2 yang takde usrah atau tak pernah join usrah..anda perlu jeles :p

Usrah ni bukan sekadar pengisian rohani..tapi lebih daripada tu
Usrah ni bukan tertumpu kepada naqib/naqibah je..tapi semua ahli usrah ada peranan masing2
Usrah ni bukan untuk geng tudung labuh dan berkopiah je..tapi universal
Usrah ni tempat yang ideal u kita berkongsi masalah,melepas stress,cerita pengalaman
Usrah ni tak semestinya di masjid je..boleh buat kat Tasik Maryam,Sg Pisang,Wangsa Walk,KLCC
Best kan usrah ni?? :)

Jom.
Saya menyarankan sape2 yang takde usrah untuk CARI usrah anda.
Yang penting ; matlamat akhir kita berusrah adalah untuk cari redha Allah.
In sha Allah :)

usrah hingga ke syurga 


Kemenangan yang ditangguhkan.

Wednesday, May 15, 2013
Bismillah..

Baru berkesempatan menulis selepas hampir 2 minggu perang PRU 13 berakhir.

Blackout.
Pengundi hantu.
IC percuma.
Sorok peti undi.
Dakwat tak kekal.


Mereka ada duit.ada kroni.kita ada Allah.La Tahzan :)

5 tahun lagi.Perjuangan,persediaan untuk PRU 14 sepatutnya bermula dari sekarang.

Allah tidak memerlukan usaha kita walau sedikit untuk bagi kemenangan kepada Islam.Allah boleh bagi kemenangan kepada Islam bila2 masa sahaja.
Tapi,Allah nak bagi pahala kpd kita.Allah nak kita berusaha. :)


Semoga dalam masa lima tahun ini,kita mempersiapkan diri kita dengan ilmu dan strategi untuk mengisi kemenangan pada masa akan datang.In sha Allah :)

-jgn lupa sentiasa berdoa kpd Allah
:)

Ini Kalilah !

Saturday, May 04, 2013
Assalamualaikum :)

Debaran makin terasa.Esok penentunya.

Adakah Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya?Adakah kezaliman Barisan Nasional selama lebih lima dekad dapat dihentikan?


Pada tahun 2008,PR berjaya menawan lima negeri dan pada kali ini,dengan akses media yang lebih bebas terutamanya dalam kalangan pengundi muda,adalah tidak mustahil untuk mencipta kemenangan di lebih banyak negeri.In sha Allah.

Tawaran pakatan rakyat pada PRU 13 ini mampu diterjemahkan kepada realiti berdasarkan bajet 2013.Bajet yang dibentangkan berjumlah RM 251.6 billion manakala tawaran pakatan rakyat hanya berjumlah RM 30 billion.Menurut penganalisa bebas di beritasemasa.com,adalah munasabah RM 30 billion daripada bajet RM251.6 billion untuk diberi kepada rakyat dengan mengorbankan sedikit kos pembangunan projek mega yang tidak begitu menguntungkan rakyat.

Sesungguhnya,segala sesuatu itu adalah ketentuan Yang Maha Kuasa.Di pihak kita,usaha ,doa dan tawakkal adalah senjata utama.

Ya Allah,kurniakanlah kemenangan kepada kami.
Amin.

~Selamat Mengundi~

Sahabat ?

Saturday, March 30, 2013
Bismillah..

Sahabat yang baik ibarat penjual minyak wangi,kalau kita tak beli pun,tempias wangi mesti terasa juga.
Tapi,sahabat yang jahat ni ibarat tukang besi.kalau kita berada jauh pun,bau busuk besi mesti tercium juga.
Ini,bukan perumpamaan yang sengaja saya reka2,tetapi..yang diungkapkan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri.




Allah won't ask about the colour of ur skin,but He will ask about the content of ur character
credit to Ashwad
Kata orang,saat senang dan gembira..kita kurang dapat mengenal pasti siapakah sebenarnya sahabat2 kita,namun apabila kesusahan melanda,barulah kita dapat melihat siapakah mereka.dan pastinya mereka inilah yang tulus dan ikhlas dalam menjalinkan persahabatan dan tidak mengharapkan sebarang balasan berbentuk material.

Semoga kita mampu menjadi sahabat baik itu kerana sahabat yang baik sering kali mengingatkan di kala terleka dan banyak manfaat yang lain.