Showing posts with label siasah. Show all posts
Showing posts with label siasah. Show all posts

PRU 13

Friday, May 30, 2014
Assalamualaikum.

Akhirnya...setelah sekian lama menanti parlimen dibubarkan juga.Bak kata seorang ustaz,penantian ni ibarat pengantin laki2 yang menunggu untuk dinikahkan tok kadi.Parlimen dibubarkan pada tarikh 3 april 2013 ,pada pukul 11.35 pagi dan diumumkan secara langsung oleh Najib Razak melalui televisyen.dan pada hari ni,beliau mengumumkan manifesto UMNO/BN yang sangat lumayan.Antaranya,nilai BR1M dan baucar buku akan ditingkatkan lagi.Jika untuk baucar buku,pada mulanya rm 200,naik rm 250 dan sekarang rm 300.banyaknya duit kerajaan,tapi hakikatnya,it's ours.Mereka juga menjanjikan untuk menurunkan harga kereta 20-30%,satu idea yang sebenarnya diciplak daripada manifesto pakatan rakyat(PR).Ini menunjukkan seolah2 umno/bn mengiktiraf idea pr untuk kebajikan rakyat.

Realitinya,rakyat pada ketika ini ingin begitu bersemangat menumbangkan kezaliman kerajaan.Kita sudah terlalu lama ditipu oleh UMNO/BN.Orang muda terutamanya makin sedar akan perkara ini ditambah dengan akses yang begitu mudah kepada maklumat2 semasa.


Hak mengundi merupakan satu hak yang sangat istimewa dan adalah amat rugi sekiranya kita mensia-siakan peluang ini dengan alasan,"sori,saya tak minat politik".Ketahuilah bahawa setiap undi adalah bermakna.



Jadi,saranan saya marilah kita sama2 mengundi parti yang kita yakini boleh menjaga kebajikan kita sebagai rakyat dan yang paling penting mampu menegakkan kesucian dan ketinggian agama Islam
"Sekiranya umno melaksanakan islam dengan sebenar-benarnya,maka kita tidak akan lawan umno,malah haram untuk kita melawan mereka"TG Nik Abd Aziz

Wassalam :)



Kemenangan yang ditangguhkan.

Wednesday, May 15, 2013
Bismillah..

Baru berkesempatan menulis selepas hampir 2 minggu perang PRU 13 berakhir.

Blackout.
Pengundi hantu.
IC percuma.
Sorok peti undi.
Dakwat tak kekal.


Mereka ada duit.ada kroni.kita ada Allah.La Tahzan :)

5 tahun lagi.Perjuangan,persediaan untuk PRU 14 sepatutnya bermula dari sekarang.

Allah tidak memerlukan usaha kita walau sedikit untuk bagi kemenangan kepada Islam.Allah boleh bagi kemenangan kepada Islam bila2 masa sahaja.
Tapi,Allah nak bagi pahala kpd kita.Allah nak kita berusaha. :)


Semoga dalam masa lima tahun ini,kita mempersiapkan diri kita dengan ilmu dan strategi untuk mengisi kemenangan pada masa akan datang.In sha Allah :)

-jgn lupa sentiasa berdoa kpd Allah
:)

Ini Kalilah !

Saturday, May 04, 2013
Assalamualaikum :)

Debaran makin terasa.Esok penentunya.

Adakah Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya?Adakah kezaliman Barisan Nasional selama lebih lima dekad dapat dihentikan?


Pada tahun 2008,PR berjaya menawan lima negeri dan pada kali ini,dengan akses media yang lebih bebas terutamanya dalam kalangan pengundi muda,adalah tidak mustahil untuk mencipta kemenangan di lebih banyak negeri.In sha Allah.

Tawaran pakatan rakyat pada PRU 13 ini mampu diterjemahkan kepada realiti berdasarkan bajet 2013.Bajet yang dibentangkan berjumlah RM 251.6 billion manakala tawaran pakatan rakyat hanya berjumlah RM 30 billion.Menurut penganalisa bebas di beritasemasa.com,adalah munasabah RM 30 billion daripada bajet RM251.6 billion untuk diberi kepada rakyat dengan mengorbankan sedikit kos pembangunan projek mega yang tidak begitu menguntungkan rakyat.

Sesungguhnya,segala sesuatu itu adalah ketentuan Yang Maha Kuasa.Di pihak kita,usaha ,doa dan tawakkal adalah senjata utama.

Ya Allah,kurniakanlah kemenangan kepada kami.
Amin.

~Selamat Mengundi~

Tahaluf Siyasi

Sunday, March 03, 2013
Pengenalan :

Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia,mana-mana parti yang menang majoriti mudah 2/3 boleh membentuk kerajaan.Pada masa yang sama,dalam suasana berbilang kaum dan agama,sudah tentunya satu bangsa sahaja tidak mampu mendapat majoriti mudah.Oleh itu,perlunya satu kerjasama politik yakni tahaluf siyasi.

Definisi :

al tahaluf berasal daripada perkataan al-hilf yang bermaksud ;
               -saling mendampingi
               -perjanjian antara kaum untuk saling bersepakat
               -perjanjian untuk tidak mengkhianati

al-siyasi bermaksud urusan politik dan pemerintahan

Oeh itu..tahaluf siyasi boleh dikatakan sebagai satu kerjasama untuk sailng mendampingi,bersepakat dan tidak mengkhianati satu sama lain dalam urusan politik dan pemerintahan.

Hukum :

hadis Nabi SAW - ada yang dilihat bertentangan menjelaskan hukum tahaluf dan ada juga yang dilasanakan oleh Nabi SAW.Hal ini berdasarkan satu hadis Nabi ;


Anas bin Malik menceritakan apabila ditanya tentang hadis bermaksud: Tiada tahaluf dalam Islam: “Sesungguhnya Nabi S.A.W telah melakukan tahaluf antara Quraisy dan Ansar di rumahku.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

Majoriti ulama ; Imam an Nawawi & Ibn Hajar membahagikan tahaluf kepada dua :

1.tahaluf jahiliyyah  -   mempertahankan orang2 yang dizalimi dan menzalimi serta membals dendam atas perbuatan seseorang yang bersekutu

2.tahaluf atas kebenaran - menegakkan ketaatan kepada Allah,membantu orang yang dizalimi dan menghubungkan persaudaraan di jalan Allah.

Sejarah Tahaluf :
-Hilf al Mutdayyabin
-Hilf al Fudhul

Konklusinya,tahaluf siyasi adalah harus malah disunatkan sekiranya bertujuan seperti berikut :


1)    Menegakkan Islam dan hukum-hakam Islam
2)      Menawarkan pemerintah yang baik dan adil
3)      Menegakkan kebajikan sesama rakyat muslim dan bukan muslim
4)      Menegakkan keadilan sesama manusia
5)      Menentang kezaliman
6)      Menentang penyelewengan
7)      Menentang kemungkaran

Wallahu a'lam.