Sedekah

Sunday, May 20, 2018
4 Ramadhan 1439 H

Sementara masih ingat, let me pen this here :)


Related image

Di bulan Ramadhan ni, pastinya ramai dalam kalangan kita akan melazimi berjemaah solat Terawih di masjid. Alhamdulillah. 

Biasanya akan diedarkan tabung infaq semasa mendengar tazkirah usai solat Isyak di masjid tempat saya bersolat.

Ustaz cakap sedekah ni antara amalan kebaikan yang sangat mudah yang kita boleh buat. Kalau solat sunat, kita perlu ambil wudhu' dulu, pakaian bersih dan wajib menghadap kiblat. Tapi kalau sedekah ni, sekelip mata pun kita boleh buat. Dan pahala sedekah di bulan Ramadhan ini tentunya berlipat kali ganda dibandingkan dengan bulan yang lain :)

Oleh itu, semoga kita tidak berat tangan untuk menghulur barang seringgit dua ke dalam tabung. Apala sangat kan kalau seringgit setiap malam. Allah SWT menyukai amal yang istiqamah walaupun sedikit. Sikit banyak nilainya, kita doakan agar Allah terima amal kita mudah-mudahan.

Kadang-kadang terdetik di hati jika timbul rasa berat nak bersedekah. Kena banyakkan cermin diri dan berdoa agar Allah letakkan dunia di tangan kita bukan di hati. Benar, dunia ini dipenuhi dengan segala keindahan dan kelazatan, tetapi jika kita sentiasa akhirah-centred, hidup akan tenang dan bahagia in sha Allah. 

Kalau kita bersedekah RM 1/ malam, kalau 30 hari dah jadi RM 30/bulan Ramadhan dan Allah akan lipatgandakan lagi jumlah yang kita sedekah  :)

Allahua'lam. 

*sambung buat RPH minggu lepas yang tak hantar huhu -_-

Sketsa Awal Ramadhan

Saturday, May 19, 2018

Bismillah. 

Hari pertama Ramadhan ni, biasalah. Awal pagi ada rasa lapar sikit 😂 Menghala ke tengahari dah stabil. Body dah adjust kot hehe. 

Pagi ni, habis je kelas pertama, terus keluar untuk isi minyak dan beli tiket balik Raya. Selesai isi minyak, pergi kaunter tiket ingatkan tak buka lagi. Rupanya pakcik kaunter keluar kot sebab lampu kipas on. Jadi, tunggu dalam 10 minit. Masa tu jugak dapat mesej anakku gigi goyang kena tumbuk. Adoii macam-macam. Masa tu terfikir la, cemana nak explain kat mak ayah dia. 😌

Sampai ja kat sekolah, soal siasat sikit. Rupa-rupanya, diorang dok main zombie-zombie. 😂😂 Bila mesej mak budak tu, rupanya memang gigi dah bergoyang. Okei, lega rasa 😅

Petang pulak, ada murid lelaki tahun 2 naik bilik guru dengan jari kaki berdarah-darah dan menangis punyalah kuat. Kaki tersepak longkang. Ustazah dah la penat dah, haish macam3 haha

Alhamdulillah, all went well. 






Teacher's Day

Wednesday, May 16, 2018


musical chair 💃


Happy Teacher's Day to myself 😍

Today marked the second year i celebrated teacher's day as a teacher. Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

We never knew what lays ahead for us. Regardless, we have to keep praying that Allah bestowed upon us good things. 

Once, i met a senior and when i said that im working at school, softheartedly she replied, be sincere 😊

Tomorrow will be the first day of Ramadhan and alhamdulillah a space for me to relax a bit from the hustle bustle of teacher's life with back to back events and competition what not 😅

May Allah bless all my dedicated and beloved teachers all this while. 

Tadika Morak 1996-97
SK Morak  1998-2004
SMK Kg Laut 2005-07
SM Sains Pasir Puteh 2008-09
CFS IIUM, Petaling Jaya 2010-11
IIUM Gombak 2011-16 

(my first time writing education history since i blogged 😅)

Oh, not forgetting the forever teachers in my life, mak dan ayah. And my first quran teacher, tok cik (my great grandfather) who was a Guru Qur'an in kampung . He taught all of us in a small hut next to his modest house. I beamed with proud over other kids since i am the granddaughter of our Quranic teacher 😂 Every time there's a student completed the Iqra' and start reciting Surah al Baqarah, there would be a pulut kuning+gulai ayam feast. How i missed the old times 😍😍
Al Fatihah to my tokcik. 

It is always a blessing to see where you stand today and the journey we took. The pain and the gain. Also, where we are heading. 

I took the road less travelled by,
And that has made all the difference. 
-Robert Frost 

Happy Teacher's Day! 😄


Tun Mahathir

Monday, May 14, 2018


See! A leader is a reader. 


At 93, he is a strong man as we all can see.
When asked for secret, he said he is disciplined in food intake, which is easier said than done 😂

Stop eating before you are full. At first it could be very difficult but as time goes by, it is very easy. 

Yes, suddenly i recalled his tips before he retired as the 4th Prime Minister when i was in Std 5, "berhenti makan sebelum kenyang" I was taken aback that today he still stood by what he said. Walk the talk. 

Pasca PRU 14

Sunday, May 13, 2018

Alhamdulillah. Berakhir sudah PRU ke 14 :)



Parti Barisan Nasional yang menjadi kerajaan sejak ayah dilahirkan (60 tahun lalu) kini buat pertama kalinya bertukar menjadi pembangkang. Akhirnya, rakyat Malaysia telah bersuara. 

Parti Islam Semalaysia (PAS) kekal mentadbir negeri serambi Mekah, Kelantan dengan majoriti mudah 37 kerusi Dun manakala 8 kerusi lagi menjadi milik BN. 

PAS juga berjaya menjadi kerajaan buat kali kedua di Negeri Darul Iman. Tahniah orang Ganu :D

PAS juga merebak ke negeri Pahang, satu kejutan juga dan mendapat 15 kerusi di Kedah. Hanya beza 3 kerusi dengan Pakatan Harapan. 

PAS di Perak walaupun hanya menang 3 kerusi Dun tapi sangat mahal harganya kerana kemelut penubuhan kerajaan di antara PH dan BN yang masing-masing menang 29 dan 27 kerusi. Banyak khabar angin yang mengatakan PAS akan bergabung dengan BN untuk membentuk kerajaan sehingga akhirnya Presiden PAS mengeluarkan kenyataan (setelah disyurakan) bahawa PAS menawarkan Kerajaan Perpaduan di Perak. Nah, keputusan ini dilihat sebagai brilliant move dari PAS. Alhamdulillah.

Menariknya, Pakatan Harapan tewas di semua kerusi yang ditandingi di Kelantan dan Terengganu. Syabas rakyat Kelate Ganu! Malah anak muda Terengganu merupakan pengundi muda yang paling ramai di seluruh Malaysia. 

Di Gombak pula, PH menyapu bersih semua kerusi Dun dan Parlimen. Satu kejutan dan kekecewaan buat kami di Gombak. PKM Gombak Setia yang sering sahaja menjadi tempat kami berusrah dan berkumpul kini sudah bertukar milik. huhu. 


'Ala kulli hal, Allah lah sebaik-baik perancang. Ada hikmah yang besar yang kita semua perlu selami. 

Buat semua jentera dan 'amilin PAS, semoga kita terus istiqamah. 
Menang tak megah, Kalah tak rebah.

Wallahua'lam.