Tahaluf Siyasi

Pengenalan :

Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia,mana-mana parti yang menang majoriti mudah 2/3 boleh membentuk kerajaan.Pada masa yang sama,dalam suasana berbilang kaum dan agama,sudah tentunya satu bangsa sahaja tidak mampu mendapat majoriti mudah.Oleh itu,perlunya satu kerjasama politik yakni tahaluf siyasi.

Definisi :

al tahaluf berasal daripada perkataan al-hilf yang bermaksud ;
               -saling mendampingi
               -perjanjian antara kaum untuk saling bersepakat
               -perjanjian untuk tidak mengkhianati

al-siyasi bermaksud urusan politik dan pemerintahan

Oeh itu..tahaluf siyasi boleh dikatakan sebagai satu kerjasama untuk sailng mendampingi,bersepakat dan tidak mengkhianati satu sama lain dalam urusan politik dan pemerintahan.

Hukum :

hadis Nabi SAW - ada yang dilihat bertentangan menjelaskan hukum tahaluf dan ada juga yang dilasanakan oleh Nabi SAW.Hal ini berdasarkan satu hadis Nabi ;


Anas bin Malik menceritakan apabila ditanya tentang hadis bermaksud: Tiada tahaluf dalam Islam: “Sesungguhnya Nabi S.A.W telah melakukan tahaluf antara Quraisy dan Ansar di rumahku.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

Majoriti ulama ; Imam an Nawawi & Ibn Hajar membahagikan tahaluf kepada dua :

1.tahaluf jahiliyyah  -   mempertahankan orang2 yang dizalimi dan menzalimi serta membals dendam atas perbuatan seseorang yang bersekutu

2.tahaluf atas kebenaran - menegakkan ketaatan kepada Allah,membantu orang yang dizalimi dan menghubungkan persaudaraan di jalan Allah.

Sejarah Tahaluf :
-Hilf al Mutdayyabin
-Hilf al Fudhul

Konklusinya,tahaluf siyasi adalah harus malah disunatkan sekiranya bertujuan seperti berikut :


1)    Menegakkan Islam dan hukum-hakam Islam
2)      Menawarkan pemerintah yang baik dan adil
3)      Menegakkan kebajikan sesama rakyat muslim dan bukan muslim
4)      Menegakkan keadilan sesama manusia
5)      Menentang kezaliman
6)      Menentang penyelewengan
7)      Menentang kemungkaran

Wallahu a'lam.