Saturday vibes


Alhamdulillah pagi ni rezeki breakfast roti canai. Tapi, teh tarik kurang manis tak order sebab baru minum tengah malam semalam, di McD pulak tu hehe. Terima kasih Ayuni bawak jalan-jalan. 

Kisahnya, dah lama ajak syifa' datang Gombak. Alhamdulillah, hari ni dia mesej pagi-pagi lagi nak jumpa. Jadi, keluar makan kat NZ Curry House. Sekejap pun jadilah, dah lama tak jumpa. Alhamdulillah.

Minggu ni, Ya Allah banyaknya kerja kena buat. Tidur pun dekat pukul 3 pagi. Siapkan surat, laporan, buat borang pendaftaran, finalize bayaran qurban, kertas kerja rehlah, update jumlah sumbangan haha macam-macam. Kerja sekolah memang tak bawak balik rumah, kertas periksa pun sengaja tak bawak balik walaupun hujung minggu. 

Rasa tak sabar nak turun jawatan, tapi bila dengar usrah baru ni, akak naqibah cakap, salah satu cara nak istiqamah adalah untuk pegang sekurang-kurangnya satu jawatan. Tu lah cara yang terbaik. Bila fikir, ada betulnya jugak, tapi hmm berat amanah tu. 

Alhamdulillah, my weekend is occupied. Bagus la sebenarnya, daripada buat benda tak berfaedah. Tapi, bab tidur lambat ni, dulu-dulu tak kisah sangat. Tapi, sekarang ni dah banyak umur ni, rasa tak sihat dan tak elok kalau selalu tidur lambat. 

Begitulah, kerja yang ada lebih banyak daripada masa. Tapi, selagi benda yang kita buat tu baik dan bermanfaat, jangan risau. Ada habuan yang Allah akan bagi. Semoga sibukku berpahala :)

Selalu rasa rindu nak menulis sini, kadang-kadang nak cerita pasal anak-anak kat sekolah tapi tak menyempat. Contohnya, ada ke pulak sampai je sekolah pagi tu, Muaz Tahun 1 datang tempat letak motor. Senyum-senyum lepas tu cakap, Ustazah saya ada adik umur empat tahun. Allah, lawaknyaa. Boleh pulak tiba-tiba pergi bagitau pasal adik dia. Comel sangat. So innocent :D

Kids are kids. 

Okei, tu je la dulu hari ni. Nak buat persiapan dokumen untuk mesyuarat petang ni. Ilal liqo'