Cornflake Madu Ikatan Kasih






Hari ni nak kongsi satu resepi yang sangat mudah tapi sedap. Okei sebelum tu nak cerita dulu sejarah buat sekut ni.

Pertama kali buat biskut ni guna dua bahan je, cornflake dan madu. Ambil cornflake tuang dalam bekas lepas tu gaul dengan madu. Dah nampak sebati sikit sudukan masuk dalam paper cup. Masukkan dalam peti dengan harapan bila dah sejuk cornflake akan mengeras dan tidak terelai bila makan. (Ni memang resipi pandai memandai). Hasilnya, memang dok lekat la cormflake dan madu tu hahah. Nak makan pun susah sebab tak melekat. Bukan setakat nak makan, nak simpan dalam bekas pun susah sebab dok merelai semuanya ibarat cornflake asal 😁

Tahun seterusnya buat lagi tapi kali ni masukkan dalam oven sekejap supaya keras dan melekat. Okei, kali ni boleh la.

Tapi, yang betul-betul jadi adalah tahun ni haha. Memang padanlah tak lekat sebelum ni 😝

Bahan : 1 Buttercup, 1 botol madu 500 gram, 1 kotak cornflake (Kos : RM18 lebih kurang)

Cara-cara:
1. Buka api kecil sahaja.
2. Masukkan buttercup sebuku dan kacau perlahan lahan sampai cair.
3. Bila dah cair, masukkan madu sedikit demi sedikit.(Saya guna botol 500 gram, baki ada dalam 1/4 botol)
4. Kacau kacau sekejap je
5. Masukkan cornflake satu peket terus
6. Kacau kacau kacau sampaila sebati madu tu dengan cornflake dalam 6-7 minit gitu
7. Dah sebati tutup api.
8. Cepat-cepat sudukan dalam papercup.
9. Masukkan dalam peti sejuk.
10. Bila dah keras (dalam sejam dua) boleh keluarkan dan masukkan dalam bekas.
11. Okei, boleh jual haha

Sekali buat boleh dalam 6-7 bekas biskut tudung merah yang kecil tu. Kalau jual sebekas dalam RM15 dah okei kot. Jadi RM15*7 = RM105

Sales RM105
Cost RM18
Gross Profit RM87 Wow

So,boleh la sape nak menjual lepas ni 😂

Oh yes, I got two helper (Nyoh & Chik) yang setiap hari dok tanya bila nak buat biskut 😏 Jadi, bila dah buat ni kalu dok tolong memang kena la hahah 😝

Nyoh boleh pulak g Supermas beli Madu dan Butter, dah ambik pastu g letak balik di rak sebab ramai sangat orang beratur nak bayar dan sebab nak buka puasa dah. (Okei dimaafkan) Terpaksalah kakaknya pulak pergi beli 😘

Wallahua'lam. Selamat mencuba 😊