![]() |
| 😢 |
Memandu berseorangan dalam perjalanan balik dari Jabi ke Kota Bharu malam tadi, tanpa dipinta beberapa titik air jernih membasahi pipi.
Entah mengapa, apa yang saya lalui bersama orang kampung di Kerandang pada malam semalam terasa menusuk hati saat kita bersendirian begini.
Malam semalam saya sambil bergurau saja dengan orang kampung membelah tabung buloh dan dikeluarkan dari tabung-tabung yang dibawa oleh ahli-ahli Pas cawangan setalam duit syiling. Tabung yang dinamakan tabung samah. Orang kampung simpan samah seriyal sehari sebagai saham kepada perjuangan.
Tambahan pula ini bukan kali pertama saya hadir dalam program pecah tabung. Dah kerap sebenarnya. Tapi entah sebab apa, hari ni hati kecil saya tersentuh sayu.
Mungkin lantaran apa yang sedang dilalui oleh parti akhir-akhir ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa saya. Betapa disaat ramai yang cuba mengkhianati perjuangan ini, nun jauh di hujung kampung sana orang-orang bawahan yang tidak mempunyai sebarang kepentingan tetapi mereka menyayangi perjuangan ini dengan sepenuh hati tanpa sebarang keraguan. Walau dengan duit syiling yang disimpan samah sehari, mereka ingin turut menyumbang. Mereka hanya ingin melihat Islam berdaulat dan syariat Allah ditegakkan. Itu sahaja.
Beginilah orang kampung simpan samah seriyal sehari untuk perjuangan. 3 bulan sekali buka tabung ramai-ramai. Pakat susun pitih skeleng.
Demi Allah! Duit siling yang disimpan samah sehari dalam tabung oleh ahli PAS di cawangan untuk biaya perjuangan lebih bernilai dari 90 juta atau 900 juta duit dari Umno!
Saya lebih rela berada di sini membilang kepingan siling dari ditipu dengan janji kemewahan dari Umno!
Dr Azman Ibrahim
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jem hanya sehari, kesannya selama LIMA TAHUN.
Baliklah mengundi, dan undilah parti yang membawa nama Islam, PAS.
