Surah al Waqi'ah



Bismillah. 
Masa Tingkatan 5,  ada sekumpulan kakak alumni datang bagi motivasi sikit. Lupa semuanya kecuali satu benda, ada seorang kakak ni kata surah al waqi'ah ni penting diamalkan setiap malam. Sesiapa baca, tidak akan menjadi papa. Pendek kata, murah rezeki. 


Hadis nabi ada menyatakan tiga surah yang afdhal dibaca setiap malam sebelum tidur iaitu surah al mulk, as sajadah dan al waqiah. 



Mulai hari tu, memang berazam untuk tak tinggal baca surah ni setiap malam selain dari surah al mulk sebab memang sebelum light off, wajib baca al mulk. 



Tapi, ada satu masalah iaitu kemungkinan untuk tak dan nak baca, sebab masa light off yang hanya berjarak dalam 30 minit dari prep malam dan supper. 



Jadi, saya yang berusia 17 tahun masa tu, rangka satu strategi yang sangat efektif sampai umur sekarang ni. Iaitu hafal surah al waqiah. Jadi, dah takde masalah bila light off, sebab surah dah ada dalam kepala. Boleh baca atas katil sebelum tidur. 



Sejak dari itu juga mula membaca surah ni dalam solat Maghrib @ Isyak @ baca separuh-separuh dalam kedua-dua solat jika ada kesempatan. 



Surah ni antara yang paling kuat melekat di kepala, mungkin asbab hafal masa remaja. As Sajdah pulak, dah hafal banyak kali masa kat uia, tapi kalau nak tasmi' sekarang ni, memang tak lancar lagi. Astaghfirullah. 



Betullah kata pepatah ni, 

Menghafal di usia muda ibarat menulis di atas batu, menghafal di usia tua ibarat menulis di atas air. 


Pernah sekali, bosan kat rumah tunggu keputusan SPM dan buku yang ada semua dah baca (masa tu koleksi buku belum bertimbun lagi),  bagitau ayah nak pergi beli Reader's Digest di Kota Bharu. Masa tu ayah marah-marah  sebab ayah ada kerja kena siapkan malam tu, tapi ayah turutkan jugak. Anis pun baca lah surah ni kuat-kuat atas motosikal untuk melayan kesedihan sebab kena marah. Ayah anis bekeng tau hehe. (Kalau naik moto, biasanya suara orang belakang tak dengar sebab deru angin yang sama kuat)



Masa lain, dulu pernah jatuh motor waktu hujan baru reda (jalan licin) depan stadium sayyidina hamzah uia, dan habis basah tudung sebab darah banyak. Masa tu, anis tak tahu darah tu dari kepala ke dari mana huu, jadi sangat risau. Jadi, perkara pertama yang  dibuat ialah baca ayat-ayat awal surah al waqiah untuk uji ingatan. Alhamdulillah, ingat. Terima kasih Ya Allah. Rupanya darah banyak tu dari kening bukan dari kepala. 



Sekarang ni, anis yakin banyak urusan yang Allah mudahkan berkat amalan ini. Terima kasih Ya Rahman. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. 



Selamat beramal. 




anispauzi,

1 Muharram 1439H