Assalamualaikum semua :)
Hari ni hari Jumaat. Jumuah mubarakah.
Kalau dok rumah, anis paling suka hari jumaat. Biasa kalau hari jumaat, mak masak special sikit.
Alhamdulillah. dan hari jumaat ni dia ada aura tersendiri :)
ye lah, penghulu segala hari kan.
Sempena hari Jumaat ni, anis nak kongsi sikit bagaimana untuk rasa bahagia dengan memberi :)
Biasa tak dengar pepatah (ke ada hadis ya?), tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah?
Dulu2, masa lower form selalu hafal pepatah ni dalam bahasa arab sebab biasa masuk exam. hee
Okay, meh kita pikir jap. Kenapa orang yang memberi pulak rasa bahagia? mestilah orang yang menerima tu lagi bahagia. betul tak?
Contoh: anis bagi kat awak hadiah(hadiah anis biasa simple je; buku. hehe. sebab a book is a gift that you can open again & again :p)
Awak rasa gembira tak dapat hadiah tu? mestilah kan :D
Tapi, macam mana anis pun nak rasa gembira dan bahagia? dah la kena keluarkan duit beli buku, kena balut lagi kalau rajin, hihi??
Macam mana tu?
Betul ke orang memberi ni lebih baik daripada menerima??
Kunci nak bahagia waktu memberi ialah KASIH SAYANG :)
Ya, kasih sayang tu lah kuncinya.
Nah,anis bagi situasi;
Cth: seorang ayah pergi kerja dan masa pergi kerja tu ternampak baju yang cantik dan comel sesuai untuk anak perempuannya. ayah tu terus beli baju tu dan tak sabar2 nak balik kerja nak hadiahkan baju tu buat anak dia.
Dalam situasi ni, ayah sebagai orang yang memberi dan beliau rasa bahagia bila beli baju untuk anaknya. Sebab apa dia boleh ada rasa macam tu? sebab adanya kasih sayang :)
Gitu la lebih kurang :)
Wallahua'lam
