Sekiranya,kita cinta kepada manusia,tidak semestinya manusia itu cinta kepada kita.
Tapi sekiranya,kita cinta kepada ALLAH,nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya.
Sekiranya,kita cinta kepada manusia,kita akan cemburu kepada orangyang mencintai orang yang kita cintai.
Tapi sekiranya,kita cinta kepada ALLAH,kita akan turut mencintai orangyang melabuhkan cintanyakepada ALLAH juga.
Ya ALLAH,andai dia adalah jodohyang ditetapkan oleh-MU kepadakumaka,campakkkanlah dia ke dalam hatiku,cinta kepadanya adalah kerana-MU,dan campakkanlah ke dalam hatinya,cinta kepadaku adalah kerana-MU.
Namun,andainya dia bukanlah jodoh yangditetapkan oleh-MU,berikanlah aku kekuatan agar aku pasrahdalam mengharungi ujianyang KAU berikan padaku.
Aminah Qutb
Aminah Qutb merupakan adinda kepada Sayyid Qutb, pengarang kitab tafsir Fi Dzilal al Quran, seorang srikandi mujahidah dan wanita yang hebat.
*In sha Allah, di lain masa saya akan kongsikan book review Hari-Hari dalam Hidupku, mengenai Mujahidah Zainab al Ghazali.
Semoga Allah menempatkan roh mereka dalam kalangan orang beriman dan dalam rahmat Allah yang berpanjangan.
Sesungguhnya, perjuangan Islam ini tidak mudah, maka beruntunglah mereka yang istiqamah sehingga saatnya dijemput Ilahi. Semoga Allah membantu kita dalam mentaati segala perintahNya dan tetap tsabat bersama jemaah Islam dan perjuangannya. In sha Allah.
