Bismillah.
1. Tadabbur ayat 6 surah at Tahrim
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (66:6)
2. Tadabbur ayat 74 surah al furqan
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.(25:74)
3. Tadabbur ayat 21 surah ar rum
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.(30:21)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
1. Jadikan perkahwinan sebagai jambatan untuk istiqamah, untuk tegakkan agama Allah.
2. Bahagia dalam konteks Islam tak sama dengan bahagia dalam konteks bukan Islam.
3. Biarlah rasa kasih sayang itu datang daripada rasa keimanan kepada Allah.
4. Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang suci dan murni.
5. Berusaha untuk bergerak dari baitul muslim kepada baitul dakwah kepada baitul haraki.
6. Sifat mawaddah ada banyak dalam diri orang perempuan,
7. Sifat rahmah lebih banyak kepada lelaki.
8. Apabila Allah gabungkan sifat mawaddah dan rahmah ni, Allah akan bagi sakinah (ketenangan).
9. Orang yang cemerlang adalah orang yang berfikir 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun akan datang untuk membina generasi, masyarakat dan negara.
10. Baitul muslim adalah kebaikan untuk agama dan maslahah untuk ummah.
11. Deen yang orang tarbiyah fahami tidak sama dengan deen yang difahami oleh orang biasa.
12. Apabila kita ikhlas untuk berkahwin, untuk sama-sama berjuang, untuk menegakkan agama Allah, moga2 Allah permudahkan.
13. Yakinlah dengan susunan Allah dan positif.
14. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk diri kita dalam urusan agama, dunia dan akhirat.
15. Istikharah dalam apa jua perkara yang kita inginkan petunjuk dari Allah.
16. Pastikan apabila sudah ada calon pilihan, maka dapatkan keredhaan mak dan ayah.
17. Apabila mak ayah telah redha, in sha Allah ada keberkatan sepanjang hidup kita.
18. Dalam perkahwinan juga perlu melaksanakan 3T (Taaruf, Tafahum, Takaful)
19. Suami tolong juga bantu isteri di rumah.
20. Suami jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri.
21. Berlapang dada dengan kelemahan pasangan.
22. Muslimat jangan putus hubungan dengan jemaah selepas kahwin. Eg: usrah.
23. Rumah kita sebagai markas dakwah kita.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
*Perkongsian di atas adalah daripada Forum Baitul Muslim yang diadakan khusus untuk pelajar-pelajar tahun akhir. Semoga bermanfaat :)
Wallahua'lam.
And Allah knows best.
