Muktamar PAS ke 61

Bismillah.
Alhamdulillah.
Selesai sudah Muktamar PAS yang ke 61 yang berlangsung dari 4-6 Jun 2015 di Kuala Selangor.
Tahniah dan takziah kepada saff kepimpinan sesi 2015-2017. 




Seawal perkenalan dengan jemaah ini yang matlamatnya adalah Daulah Islamiyah, saya menyedari perjalanan menuju ke tahap itu tidaklah mudah. Bahkan payah dan ada pelbagai ranjau onak dan duri yang akan menyekat di sepanjang perjalanan. 


" Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)." (At Taubah 9:42)


Sebagai ahli yang baru setahun jagung mengenali perjuangan ini, cukuplah kalau saya nyatakan rasa kagum dan insaf tatkala melihat golongan berusia yang masih lagi teguh bersama jemaah ini. Dalam usia tua mereka, masih lagi istiqamah hadir ke usrah kawasan, kuliah haraki saban minggu dan program-program jemaah yang lain. Mereka kelihatan begitu tulus dan saya percaya telah banyak yang mereka korbankan untuk jemaah ini. Pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan harta benda. Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan kepenatan berjuang di zaman kampus. 


Dengan pelbagai isu label melabel dan berpuak-puak, cukuplah kalau saya katakan saya cemburu dengan keikhlasan para 'amilin yang telah menggerakkan jemaah sekian lama. Bukan mudah untuk istiqamah, tetapi bukan juga mustahil.


Ramai orang ingin mati sebagai pejuang. Tapi, tidak ramai yang turun ke medan dan benar-benar berjuang :'(



Semoga Allah kurniakan kita istiqamah 

Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang Engkau redhai.
Bantulah kami untuk mencapai redhaMu.
Bantulah kami untuk melakukan amal kebaikan.
Bantulah kami untuk mendekatkan diri kepadaMu.

Amin.