Assalamualaikum w.b.t
Semoga sihat walafiat dan dalam belas kasih sayang Allah sentiasa :)
Di sini ingin saya kongsikan beberapa perkara yang saya kategorikan sebagai 'passive income'.
Ganjaran pahala yang tetap dan terus mengalir.
1. Menulis
- sama ada menerbitkan buku atau sekadar menulis di alam maya
- manfaat penulisan yang memberi ilmu/kesedaran/kebaikan kepada orang lain
- manfaat yang mengalir berterusan walau ketika sedang tidur
2. Bersedekah
- bina satu mind-setting bahawa bersedekah sebagai counter-exchange ke syurga
- jika sedekah tersebut digunakan untuk bina masjid, sekolah tahfiz, pahalanya akan mengalir kepada kita selagi ia masih terus digunakan
3. Buat video
- jika puak jahiliyyah boleh buat video/filem untuk menyesatkan manusia, kenapa kita tidak boleh buat sedemikian untuk mengajak manusia kepada mengenal Allah SWT
-"Jika agama gagal menawarkan harapan, ia bukan dari Tuhan"
- contoh: matluthfi
4. Mengajarkan al quran
- terima kasih kepada guru mengaji al quran saya semasa kecil
- sehingga kini jasanya saya kenang
- saya percaya kebaikan jika saya mengaji al quran juga akan terbias kepada guru mengaji saya sehingga kini. Masha Allah
5. Memulakan satu kebaikan
- di samping menjadi seorang yang soleh, mari bersama menjadi muslih
- bukan sekadar melakukan kebaikan, tapi ajaklah orang lain bersama
- kalau benar cinta, mesti lah nak bersama hingga ke syurga :)
- " Tidak beriman seseorang itu sehingga ia menyayangi saudaranya sepertimana ia menyayangi dirinya"
Jangan perkecilkan kebaikan sekecil mana pun ia.
Ia mungkin besar disisi Allah.
Buatlah kebaikan sebanyak-banyaknya.
Andai tersilap langkah, jangan lupa untuk kembali ke jalan yang lurus.
Allah itu Maha Pengampun.
Astaghfirullahalazim.
May Allah forgive our sins.
May Allah made us firm believers.
Amin.